*Perokok mudah cepat pekak <http://www.biovco.com/19092008b.php>*

*Lain-lain INFO - KLIK DISINI <http://www.biovco.com/19092008b.php>*

Remaja perokok dan ibu yang merokok semasa mengandung antara golongan
berisiko besar mengalami masalah pendengaran serta memahami apa
diperkatakan, menurut kajian di Amerika Syarikat (AS).

Penyelidikan pasukan pakar perubatan Universiti Yale terhadap 67 remaja
mendapati mereka yang merokok menghadapi masalah menumpukan perhatian dan
mentafsirkan bunyi apabila terdapat sebarang gangguan.

Selain itu, hasil imbasan otak, pengkaji mendapati terdapat perubahan kepada
bahagian putih otak yang bertanggungjawab dalam menghantar maklumat. Kajian
itu diterbitkan dalam majalah terbaru, New Scientist.

Remaja yang merokok didapati menjadi golongan yang banyak menghadapi masalah
di bahagian putih otak berdasarkan imbasan otak. Kajian selanjutnya
berdasarkan ujian komputer yang meminta mengenal pasti perkataan selain
gangguan imej visual atau bunyi bising sampingan.

Sebahagian besar lelaki perokok yang diuji kaji akan mendapat 77 peratus
betul manakala mereka tidak merokok memperoleh 85 peratus betul. Bagi wanita
pula nisbahnya 84 peratus kepada 90 peratus.

Menurut ketua penyelidik, Leslie Jacobsen, individu terbabit menghadapi
masalah pendengaran apabila terdapat gangguan contohnya situasi ramai
bercakap dan banyak perkara yang perlu dilakukan. - Agensi

*Lain-lain INFO - KLIK DISINI <http://www.biovco.com/19092008b.php>*

Kirim email ke