Title: BioVCO.com

Kena patuk ular kapak


SUNGAI PETANI - 'Saya sangka terpijak ranting kayu apabila kaki kanan saya terasa sakit dan terkejut melihat seekor ular kapak melekat di bahagian betis'.

Demikian cerita Mohd. Ariff Alias, mangsa patukan ular kapak di kawasan jeti pendaratan ikan di Kampung Pangkalan Ikan Bilis, Sungai Lalang di sini semalam.

Melihat ular yang masih melekat pada kaki, saya menjerit meminta pertolongan.

Ular tersebut kemudian pergi begitu sahaja dan dalam kaki terasa kebas, dua orang kawan memapah saya untuk balik ke rumah, katanya ketika ditemui di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) semalam.

Mohd. Ariff, 7 pelajar Tahun Satu Sekolah Kebangsaan Sungai Lalang dibawa bapanya Alias Ibrahim 39 ke HSAH untuk mendapatkan rawatan selepas kakinya dipatuk ular kapak sebanyak tiga kali pukul 2.30 petang semalam.

Kejadian berlaku ketika Mohd. Ariff sedang bermain di kawasan itu bersama rakannya selepas pulang dari sekolah.

Katanya, dia yang ketika itu berada di rumah terkejut melihat Mohd. Ariff dipapah terus membawa anaknya ke HSAH untuk menerima rawatan.

Baca lain-lain INFO - KLIK DISINI.

=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=
Rawatan dan Sihat Tanpa Ubat
=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=

__._,_.___

Your email settings: Individual Email|Traditional
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch to Fully Featured
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe

__,_._,___

Kirim email ke