*Ejen penyamun siber <http://www.biovco.com/beli.php?ref=mdjj>*

KUALA LUMPUR: Godam dan lesap! Itulah taktik licik sindiket antarabangsa
didalangi 'Mat Afrika' yang dikesan menggodam akaun bank tempatan dan
memindahkan ribuan ringgit ke akaun bank 'budak suruhan' sebelum
menggelapkan hampir keseluruhan wang terbabit.

Difahamkan, sindiket itu mensasarkan warga tempatan sebagai 'kambing hitam'
dengan menyamar syarikat pembekal mesin janakuasa dikendalikan mereka dan
menawarkan upah lumayan 10 peratus komisen untuk setiap tugasan mencecah
puluhan ribu ringgit melalui e-mel yang dihantar secara rambang.

Sekiranya bersetuju, mangsa dikehendaki membalas e-mel terbabit sebelum
dihubungi ahli sindiket berkenaan yang mendakwa syarikat mereka melakukan
perniagaan secara sah dan berkembang luas di seluruh dunia.

Mangsa seterusnya diberi tugas mudah dengan hanya menjadi ejen atau orang
tengah untuk menerima dan menguruskan wang pelanggan di negara ini yang
dimasukkan ke akaun banknya.

Sejurus mangsa meminjamkan akaun bank sendiri sebagai pindahan dan diarah
memindahkan hampir semua wang berkenaan ke akaun sindiket berkenaan di bank
luar negara.

Bagi meyakinkan mangsa, sindiket itu meminta mangsa mengambil sejumlah wang
yang didakwa sebagai upah kerana menyelesaikan pindahan akaun.

Bagaimanapun, tidak sampai beberapa hari, mangsa dihubungi pihak bank yang
memaklumkan wang itu milik pelanggan yang dicuri dan digodam individu tidak
bertanggungjawab.

Kegiatan sindiket terbabit didedahkan seorang lelaki dikenali sebagai Azman,
20-an, yang menjadi mangsa dalam satu pertemuan dengan Harian Metro,
semalam.

Azman yang bekerja sebagai jurutera maklumat di sebuah syarikat penyiaran,
berkata dia mula terjebak dengan helah sindiket terbabit selepas menerima
e-mel yang kononnya dikirim sebuah syarikat janakuasa pada 5 September lalu
yang menawarkan wang lumayan dengan menjadi orang tengah.

"Ketika itu, saya kesempitan wang dan tawaran yang diberikan menarik dengan
menjadi orang tengah untuk menerima pembayaran bagi pelanggan syarikat
pembekal mesin janakuasa luar negara.

"Pada mulanya, saya ingat ia satu daripada e-mel tipu, tapi saya benar-benar
terkejut selepas dihubungi seorang lelaki warga Nigeria menggunakan nombor
luar negara berkaitan pekerjaan menjadi orang tengah bagi syarikatnya,"
katanya.

Katanya, lelaki yang menghubunginya menyuruh dia membantu memindahkan wang
peanggan tempatan ke akaunnya sebelum dipindahkan ke akaun bank milik lelaki
Nigeria itu apabila menerima arahan selanjutnya kelak.

"Beberapa hari kemudian, saya mendapat e-mel yang memaklumkan ada pelanggan
yang membuat bayaran RM4,900 ke akaun saya dan perlu membuat pindahan cuma
RM4,000.

"Lelaki itu mendakwa wang selebihnya upah saya kerana menyelesaikan tugasan
itu. Disebabkan hal inilah saya benar-benar percaya perniagaan dilakukannya
sah," katanya.

Bagaimanapun, keesokannya dia dihubungi pihak bank dan disoal pegawainya
mengenai wang RM4,900 itu.

"Saya menceritakan hal sebenar mengenai tugas sebagai orang tengah atau ejen
membantu pemindahan wang syarikat pembekal janakuasa di Nigeria," katanya.

Kata Azman, dia terkilan apabila mendapat tahu kegiatannya memindahkan wang
dengan bertindak sebagai orang tengah untuk sebuah syarikat di Nigeria
adalah pembohongan.

"Rupa-rupanya wang RM4,900 yang dimasukkan ke akaun saya itu wang daripada
akaun yang digodam lelaki berkenaan sebelum dipindahkan ke akaun saya.

"Selepas mendapat tahu hal sebenar, saya membuat laporan di balai polis
berhampiran untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Berikutan itu, dia menasihatkan orang ramai berwaspada dengan helah sindiket
berkenaan bagi mengelak diperdaya dan ditahan pihak berkuasa.
*TAWARAN HARGA ISTIMEWA <http://mail.google.com/mail/goog_1222296731274>*
*Hari ini sahaja - KLIK DISINI <http://www.biovco.com/beli.php?ref=mdjj>*

Kirim email ke