KOSMO,26 September 2008  Akaun 'lebur' kerana perangkap e-mel hantu
  CHEE SEONG menunjukkan salinan cetakan e-mel skim penipuan siber yang 
menyebabkan wang dalam akaunnya hilang semalam. 
  
---------------------------------
  
  KUALA LUMPUR - Tidak sampai empat minit, duit dalam akaun bank milik seorang 
pengurus, Yong Chee Seong, 30, berjumlah hampir RM5,000 lesap sekelip mata.
  Kes itu dipercayai gara-gara sindiket perbankan dalam talian (online) yang 
didalangi pakar teknologi maklumat di kalangan warga asing yang memerangkap 
mangsa melalui penghantaran e-mel 'berhantu'.
   
  Chee Seong memberitahu, e-mel dalam bahasa Inggeris yang diteri- manya pada 
23 September lalu kira- kira 1 tengah hari memintanya mengemas kini maklumat 
talian perbankan melalui proses pertukaran kata kunci akaun bank.
   
  "Ia nampak asli dan meminta saya berbuat demikian bagi tujuan kese- lamatan 
selain mengelak ditipu oleh sindiket yang semakin menjadi-jadi di ruang 
siber,'' katanya di sini semalam.
   
  Menurut Chee Seong, sebagai pelanggan tetap bank terkemuka itu sejak enam 
tahun lalu, dia langsung tidak menaruh syak bahawa e-mel itu satu perangkap 
kerana pautan laman web untuk dia membuat kata kunci baru, muncul dengan hampir 
menyamai laman web bank tersebut.
   
  Beliau hanya menyedari ada sesuatu yang tidak kena berlaku sele- pas beberapa 
minit mendaftarkan kata kunci baru dengan empat minit kemudian menerima khidmat 
pesa- nan ringkas (SMS) daripada pihak bank dengan maklumkan satu transaksi 
pemindahan wang dari akaunnya berjumlah RM4,935.
   
  "Saya tergamam kerana saya tak buat apa-apa,'' katanya.
   
  Sejurus selepas itu, Chee Wah terus menghubungi bank berkenaan dan 
jurucakapnya mengesahkan polisi mereka tidak meminta pelanggan menukar data 
menerusi e-mel.
   
  Chee Wah cuba mengakses kembali pautan laman web berkenaan, namun gagal.
  Mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Sea Park, Petaling Jaya pada 23 
September lalu selepas dinasihatkan oleh pihak Maybank.
   
  
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
  Saya, Nor Afizah Thalhan pun pernah menerima email yang sama daripada pihak 
yang sama dalam masa yang sama, nasib saya agak baik kerana sudah biasa 
menjalankan urusniaga perniagaan internet, maka saya dapat kesan ciri-ciri 
penipuan bentuk baru ini. Antara ciri-ciri yang anda semua patut tahu untuk 
tidak ditipu ialah:
   
  1- Bank mempunyai server sendiri, jadi sudah pasti tidak menggunakan 
yahoo/google. Adalah suatu perkara yang kelakar untuk percaya kepada maklumat 
yang dihantar oleh '[EMAIL PROTECTED]'.
   
  2-Bank adalah tempat yang selamat, kalau tidak mesti semua orang simpan duit 
bawah bantal kan? Jika anda perhatikan, di laman web bank yang sebenar, pasti 
ada satu simbol bentuk 'mangga kunci' yang menadakan anda berada di secured 
site. Jika tidak pasti itu kerja mangkuk ayun.
   
  3-Email daripada pihak bank sebenar setiap kali selepas anda melakukan 
transaction di generate daripada sistem ,staff mereka tak tulis email untuk 
semua orang manually. Bila email daripada sistem, of course lah gaya tulisan 
itu bentuk 'courier new'. Bagi sipenipu yang taip sendiri email terima kasih 
walaupun mesej memang sebijik2, pasti akan keluar bentuk tulisan 'times new 
roman'. Dari situ anda dapat kenal dengan mudahnya si penyangak ini.
   
  Ingin diingatkan bahawa bank sebenar tidak boleh buat apa2 jika anda ditipu 
dan pada saat anda bagi username dan password anda kepada si penyangak 
ini-segalanya akan berakhir,tiada siapa mampu buat apa2 termasuklah PM pun.
   
  Jadi berhati-hati, jangan pandang rendah pada jenayah internet!

       

Kirim email ke