Kempen perangi keganasan AS gagal lemahkan Al-Qaeda<http://www.biovco.com/?ref=yg>
LONDON 29 Sept. – Ramai penduduk dunia percaya, kempen "memerangi keganasan" yang diketuai oleh Amerika Syarikat (AS) bagi mengekang kegiatan pengganas, masih gagal untuk melemahkan rangkaian Al-Qaeda. Tinjauan pendapat oleh BBC World Service mendapati, ramai yang percaya kempen tersebut sebaliknya telah menjadikan rangkaian tersebut bertambah kuat. Malah, rakyat AS sendiri semakin tidak jelas dengan kejayaan kempen tersebut yang dilancarkan oleh negara mereka tujuh tahun lalu selepas serangan 11 September 2001. Tinjauan itu mendapati, 30 peratus responden di 23 buah negara percaya kempen itu menjadikan Al-Qaeda, pimpinan Osama bin Laden semakin kuat. Peratusan itu jauh lebih tinggi berbanding hanya 22 peratus responden berpendapat tindakan AS itu telah melemahkan Al-Qaeda, sementara 29 peratus lagi responden berpendapat ia tidak memberi sebarang kesan. Di AS sendiri, 33 peratus rakyatnya percaya kempen itu menjadikan Al-Qaeda semakin kuat, iaitu kurang satu peratus daripada responden yang menganggap sebaliknya. Manakala 26 peratus lagi responden di kalangan rakyat AS, percaya kempen tersebut tidak mendatangkan sebarang kesan ke atas gerakan rangkaian Al-Qaeda. "Di sebalik memiliki kekuatan ketenteraan mengagumkan, kempen AS menentang Al-Qaeda dilihat oleh ramai orang sebagai gagal dan menemui jalan buntu. "Malah, ramai percaya kempen itu menjadikan Al-Qaeda bertambah kuat," kata Pengarah Program Dasar dan Sikap Antarabangsa yang berpusat di AS, Steven Kull. Tinjauan pendapat itu melibatkan 24,000 responden dan dikendalikan antara 8 Julai dan 12 September lalu. – AFP *Rawatan Sihat Tanpa Ubat - KLIK DISINI* <http://www.biovco.com/?ref=yg> <http://www.biovco.com/?ref=yg>
