*Bongkar kekejaman Nazi <http://www.biovco.com/?ref=yg>*

PELABUHAN bandar Lautan Baltic, Gdynia di Poland telah melancarkan laman web
internet dengan harapan untuk mengetahui nasib 120,000 penduduk pra-Perang
Dunia Kedua, yang kebanyakan mereka dihalau atau dibunuh di bawah
pemerintahan Nazi.

"Matlamat program ini adalah untuk mengetahui apa yang berlaku, nama demi
nama, kepada rakyat pra-peperangan di bandar kami.

"Kami ingin mengetahui sama ada mereka dibunuh dan jika ya, di bawah perihal
apa? Adakah mereka dihalau atau telah melarikan diri ke luar negara atau
mereka meninggal dunia dalam keadaan semula jadi?," kata ketua projek
tersebut, Ryszard Toczek.

Menerusi laman web baru *www.2wojna.gdynia.pl*, bandar tersebut telah
menyiarkan senarai penduduk dimulai dengan nama dan alamat yang tertulis
dalam buku alamat bandar Gdynia yang diterbitkan pada tahun 1937.

Laman web yang dilancarkan pada 1 September lalu, mencatat ulang tahun ke-69
pemerintahan Nazi di Jerman yang bermula pada 1 September 1939 apabila
menyerang Poland sekali gus menandakan permulaan Perang Dunia Kedua.

Koordinator projek berharap pengguna internet boleh memberi testimoni
mengenai nasib terhadap individu yang disenaraikan namanya.

"Ia adalah saat terakhir untuk melakukan kajian seperti ini, saksi-saksi
daripada tarikh ini semakin hari semakin berkurangan," kata Toczek lagi.

Amat menggembirakan apabila laman web tersebut telah pun menerima testimoni
pertama mereka.

Seorang wanita pada tahun 1937 dalam senarai alamat Gdynia pergi ke Perancis
selepas peperangan bermula, menurut seorang pengguna internet.

"Maria Jaszunska yang tinggal di No. 89, Swietojanska Street pada tahun 1939
melarikan diri dari Gdynia," menurut seorang pengguna yang menghubungi laman
web itu.

"Sebagai pekerja muda dalam syarikat perkapalan maritim Perancis dengan
pejabatnya terletak di Gdynia, majikan Jaszunska menyuruhnya mengemaskan
barang dan berangkat ke Perancis bersama beberapa orang pekerja lain. Dia
kemudian meneruskan kerja untuk syarikat yang sama di Paris di mana dia
meninggal dunia pada awal tahun 1970-an."

Menurut anggaran semasa, pemerintah Nazi Jerman menghalau 50,000 etnik Poles
selepas Oktober 1939. Anggaran yang dikeluarkan Toczek mencadangkan antara
12,000 dan 13,000 penduduk tetap termasuk pekerja sivil, guru-guru dan
paderi dipancung oleh pihak Nazi berhampiran hutan.

Menjelang penghujung peperangan pada tahun 1944, pihak Nazi mengorek semula
kubur besar tersebut dan membakar mayat yang masih ada untuk memusnahkan
bukti, tambahnya.

"Kami mempunyai senarai 3,000 orang yang terbunuh. Dalam hal lain, kami
tidak mempunyai data yang tepat dan lengkap. Maka sebab itulah kami
melancarkan projek laman web ini," jelas Toczek.

Gdynia merupakan bandar model untuk negara Poland mencapai kemerdekaan
sewaktu tempoh peperangan. Dibahagikan kepada beberapa bahagian oleh Tsarist
Rusia, Jerman dan empayar Austro-Hungarian, Poland mula wujud selama 123
tahun sebelum berlakunya Perang Dunia Pertama.

Dengan kemerdekaan yang diperoleh pada tahun 1918, Poland mendapat kembali
akses terhad ke Lautan Baltic bersama sebahagian kecil pesisir pantai di
wilayah Jerman.

Dalam bidaan untuk menyelamatkan kebebasan ekonomi, mereka memilih Gdynia
yang merupakan sebuah perkampungan nelayan ketika itu, untuk membina sebuah
pelabuhan laut moden.

Pemimpin zaman peperangan Poland merasakan mereka tidak boleh terus
bergantung dengan pelabuhan bandar Danzig (kini disebut Gdanks) yang
berhampiran. Dipisahkan selepas peperangan dari Jerman, ia menjadi bandar
bebas di bawah kawalan League of Nations.
"Matlamat sebenar kami hanyalah untuk mengetahui sejarah bandar Gdynia.
Justeru, kami berharap lebih ramai individu yang berkaitan tampil memberikan
testimoni menerusi laman web ini." - AFP


*TAWARAN ISTIMEWA - hari ini sahaja - KLIK
DISINI<http://www.biovco.com/beli.php?ref=yg>
*

Kirim email ke