*Produk teh susu Lipton ditarik balik <http://www.biovco.com/?ref=yg>*

HONG KONG - Pengeluar produk makanan Belanda, Unilever semalam mula menarik
balik beberapa serbuk teh susu jenama Lipton di Hong Kong dan Macau.

Tindakan itu dilakukan selepas pihak pengurusan syarikat tersebut mendapati
sejenis bahan kimia terdapat dalam serbuk berkenaan.

Menurut satu kenyataan Unilever Hong Kong Ltd, arahan menarik balik empat
produk serbuk teh susu Lipton tiga dalam satu itu dikeluarkan selepas
syarikat berkenaan menemui bahan kimia melamin dalam beberapa produk
tersebut.

Pengarah Pemasaran Unilever Hong Kong, Sharon Hwang berkata, produk yang
mengandungi bahan tercemar itu menggunakan tepung susu keluaran China
sebagai bahan mentah.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan jenama dari China yang digunakan
oleh syarikat itu.

"Bagi mematuhi arahan penguat kuasa tempatan dan sebagai langkah
berjaga-jaga, kami menarik balik semua produk daripada pasaran Hong Kong dan
Macau," katanya.

Minggu lalu, Unilever turut mengeluarkan produk teh susu hijau Lipton dari
pasaran Taiwan kerana produk tersebut menggunakan susu keluaran China. - AP
*BACA lain-lain INFO - KLIK DISINI<http://www.biovco.com/infoproduk.php?ref=yg>
*

Kirim email ke