*2 helikopter AS terhempas, seorang tentera Iraq
terkorban<http://www.biovco.com/?ref=yg>
*

BAGHDAD 5 Okt. - Dua helikopter tentera Amerika Syarikat (AS) terhempas
ketika cuba mendarat di utara bandar ini, mengorbankan seorang tentera Iraq.

Jurucakap tentera AS, Leftenan Patrick Evans berkata, lima lagi anggota
tentera turut cedera dalam nahas itu, masing-masing tiga tentera AS dan dua
tentera Iraq.

"Kedua-dua helikopter jenis UH-60 Blackhawks itu terhempas ketika hendak
mendarat di Combat Outpost Ford, daerah Adhamiya, utara Baghdad pada
kira-kira pukul 8.55 malam tadi, waktu tempatan,'' katanya melalui e-mel
kepada *Reuters.*

Evans berkata, setakat ini tidak dapat dipastikan bilangan anggota tentera
yang berada dalam kedua-dua helikopter itu ketika nahas berlaku.

"Insiden itu dipercayai tidak ada kaitan dengan serangan udara daripada
pihak musuh," katanya.

Jurukamera *Reuters* yang berada di daerah Sha'ab berhampiran Adhamiya
berkata, dia melihat kedua-dua helikopter berpusing-pusing di udara sebelum
terhempas.

Menurutnya, salah sebuah enjin helikopter itu mengeluarkan satu letupan kuat
sebelum ia hilang kawalan lalu terhempas.

Polis Iraq mengesahkan insiden itu.

Menurut jurucakap polis, mereka masih mengumpulkan maklumat lanjut mengenai
nahas tersebut.

Beliau juga berkata, satu pertempuran berlaku antara pasukan keselamatan
Iraq dan puak pemberontak berhampiran kawasan nahas. - Agensi
*TAWARAN HEBAT - HARI INI SAHAJA*
*untuk maklumat lanjut - KLIK DISINI <http://www.biovco.com/beli.php?ref=yg>
*

Kirim email ke