*Pakej menyelamat institusi kewangan lebih dua trilion
dolar<http://www.biovco.com/?ref=yg>
*

NEW DELHI - Selepas satu demi satu institusi kewangan menjadi mangsa krisis
kredit global, pakej menyelamat yang diumumkan oleh kerajaan-kerajaan di
dunia kini menghampiri jumlah dua trilion dolar (RM6.9 trilion) iaitu dua
kali ganda saiz ekonomi India, lapor sebuah akhbar semalam.

Kongres Amerika Syarikat (AS) meluluskan bantuan AS$700 bilion (RM2.4
bilion) untuk institusi-institusi kewangan bermasalah di negara itu manakala
kerajaan AS sendiri mengumumkan pakej penyelamatan berjumlah AS$990 bilion
(RM3.4 trilion).

Jumlah itu dijangka terus meningkat selepas beberapa negara Eropah
mengumumkan pakej serupa dalam usaha menyelamatkan entiti kewangan
bermasalah di rantau tersebut.

Terdapat ramalan bahawa lebih banyak bantuan akan disediakan oleh kerajaan
di Eropah ketika krisis kewangan semakin merebak dengan pantas di benua
berkenaan.

Bagaimanapun, kesan krisis kewangan itu tidak akan dirasai oleh India.

Dari AS sehingga ke Eropah, kegawatan kewangan itu menyebabkan beberapa nama
besar dalam institusi perbankan pelaburan tumbang seperti Bank Lehman
Brothers.

Bank Merril Lynch turut dibeli oleh bank of America manakala gergasi
insurans, American International Group Inc., (AIG) diselamatkan oleh
kerajaan AS.

Sementara itu, AS menduduki tempat pertama dengan pakej menyelamat AS$990
bilion setakat ini, diikuti oleh kerajaan Ireland yang meletakkan AS$572
bilion (RM1.9 trilion) sebagai jaminan untuk liabiliti bank di negara
berkenaan. - Agensi
*TAWARAN ISTIMEWA !!!*
*Hari ini sahaja - KLIK DISINI <http://www.biovco.com/beli.php?ref=yg>*

Kirim email ke