*Krisis kewangan meruncing <http://www.biovco.com/?ref=yg>*

LONDON - Krisis kewangan global terus meruncing dengan saham-saham bank di
Britain menjunam sehingga 40 peratus manakala lebih 300,000 pemegang akaun
Icesave di Bank Landsbanki, Iceland dihalang mengeluarkan wang masing-masing
setelah bank itu hampir muflis, lapor sebuah akhbar semalam.

Canselor Exchequer yang setaraf Menteri Kewangan, Alistair Darling dijangka
membuat kenyataan mengenai krisis itu selepas beliau berlepas pulang lebih
awal dari mesyuarat Menteri-Menteri kewangan Kesatuan Eropah (EU).

Kejatuhan mendadak saham-saham perbankan itu berlaku berikutan kebocoranya
maklumat sulit perbincangan ketua pegawai bank-bank dan Perbendaharaan pada
malam kelmarin.

Satu sumber memberitahu, Royal Bank of Scotland (RBS), Bank Lloyds TSB dan
Bank Barclays meminta Kementerian Kewangan untuk mempercepat program
menyelamat entiti perbankan dengan kos sebanyak £50 bilion (RM306 bilion).

Editor Bisnes *Perbadanan Penyiaran British* (BBC), Robert Peston menulis
dalam laman blognya bahawa tiga bank berkenaan setiap satu daripadanya
memerlukan pakej bantuan £7.5 bilion (RM46 bilion) dan tambahan £7.5 bilion
lagi dalam bentuk jaminan Perbendaharaan.

Barclays dalam satu kenyataan menafikan laporan berkenaan dengan menyatakan
pihaknya tidak pernah memohon bantuan modal daripada kerajaan kerana tidak
ada asas untuk berbuat demikian.

Pengerusi RBS, Sir Fred Goodwin bagaimanapun mengesahkan khabar angin dengan
menyatakan pelan menyuntik modal adalah keputusan kerajaan kerana lambat
laun ia perlu dibuat juga. - Agensi
 *Lain-lain INFO - KLIK DISINI*

Kirim email ke