*Doktor rugi RM18,700 ditipu kenalan Internet<http://www.biovco.com/?ref=mdjj>
*

KUALA TERENGGANU 8 Okt. - Seorang doktor wanita kerugian RM18,700 apabila
terpedaya dengan tipu helah teman lelakinya yang baru sebulan dikenali
melalui Internet.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Deputi Supritendan
Abdul Rahim Abdul Razak berkata, dalam kejadian awal September itu, mangsa
yang berumur 32 tahun berkenalan dengan seorang lelaki warga Britain dan
dijanjikan dengan hadiah perkenalan.

''Mangsa dijanjikan wang tunai kira-kira RM3,000, sebuah komputer riba dan
juga bunga sebagai tanda perkenalan mereka," katanya ketika ditemui di
pejabatnya di sini hari ini.

Menurutnya, selang beberapa hari berkenalan, mangsa mendapat panggilan
daripada temannya itu yang menyatakan hadiah berkenaan telah diposkan
menggunakan sebuah syarikat penghantaran laju.

Abdul Rahim berkata, selepas dua hari, mangsa mendapat panggilan kononnya
dari syarikat berkenaan yang memberitahu barang-barang tersebut terpaksa
ditahan kerana masalah cukai.

''Tidak sabar untuk mendapat hadiah berkenaan, mangsa yang juga seorang
doktor perubatan di Jerteh telah memasukkan wang tunai RM700 ke dalam akaun
yang diarahkan pada 14 September lepas untuk membayar cukai tersebut,"
ujarnya.

Jelasnya, tidak cukup dengan wang tersebut, mangsa turut diminta memasukkan
lagi duit sebanyak RM14,000 untuk membayar cukai perkhidmatan.

Terkejut dengan permintaan tersebut, mangsa memasukkan wang sebanyak RM2,000
pada 17 September lalu diikuti RM12,000 keesokan harinya ke dalam akaun yang
diarahkan.

''Curiga kerana kiriman tersebut tidak juga sampai dan terbaca laporan
akhbar mengenai penipuan menggunakan modus operandi yang serupa, mangsa
menghubungi syarikat kiriman tersebut untuk bertanya perkara sebenar
semalam.

''Syarikat itu memberitahu mereka tidak pernah meminta bayaran tersebut dan
menyatakan ramai yang bertanyakan perkara serupa dipercayai menjadi mangsa
penipuan kenalan melalui Internet," ujarnya.

Menurutnya, selepas mengetahui kejadian sebenar, mangsa terus membuat
laporan di Balai Polis Jerteh.

Beliau memberitahu, polis turut menerima dua lagi laporan mengenai penipuan
oleh kenalan melalui Internet semalam iaitu melibatkan seorang peniaga dari
Chabang Tiga di sini dan seorang suri rumah di Chendering.

''Mereka menggunakan modus operasi yang sama melibatkan perkenalan melalui
Internet dan menabur janji melalui hadiah-hadiah lumayan menyebabkan mangsa
tertipu ," katanya.

Dalam kes melibatkan peniaga itu, dia kerugian RM5,460 apabila dijanjikan
hadiah perkenalan oleh seorang kenalan wanita kononnya warga Britain,
manakala suri rumah itu kerugian RM3,480 apabila ditipu kenalan lelaki
melalui Internet.

Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai supaya berhati-hati dan tidak
mudah terpedaya dengan kenalan baru melalui Internet.

*Apa kata mereka - KLIK
DISINI<http://www.biovco.com/apa-kata-pelanggan.php?ref=mdjj>
*

Kirim email ke