*AS diambang kemelesetan ekonomi <http://www.biovco.com/?ref=yg>*

  <http://www.biovco.com/?id=yg>

MADRID - Pesuruhjaya Hal Ehwal Kewangan Ekonomi Kesatuan Eropah, Joaquin
Almunia menyatakan bahawa Amerika Syarikat (AS) kini diambang kemelesetan
ekonomi, lapor sebuah akhbar semalam.

Risiko negara ekonomi terbesar dunia itu dilanda kemelesetan benar-benar
wujud dan tumpuan perlu diberikan terhadap senario tersebut, kata Almunia
ketika berucap di sebuah forum ekonomi di Madrid, Sepanyol.

Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) dalam laporan ekonomi dunia yang
diterbitkan kelmarin meramalkan bahawa pertumbuhan ekonomi AS hampir
terbantut pada tahun hadapan dengan peningkatan hanya 0.1 peratus.

Keadaan tersebut, katanya merupakan yang terburuk menimpa ekonomi AS sejak
tahun 1991 apabila negara kuasa besar itu sedang pulih daripada kemelesetan.

Menurut IMF, AS sedang dilanda ribut krisis kewangan dan ekonominya sedang
mengucup dengan cepat.

Ramai pakar ekonomi percaya ekonomi AS akan mengucup dalam tiga bulan
terakhir tahun ini dan tiga bulan pertama tahun hadapan sekali gus menepati
definisi kemelesetan. - AFP
  <http://www.biovco.com/?id=yg>
 *KLIK DISINI UNTUK MAKLUMAT LANJUT <http://www.biovco.com/?ref=yg>*

Kirim email ke