*Guna cangkuk 916 jual emas palsu <http://www.biovco.com/?ref=yg>*

KUALA LUMPUR - Jika anda peminat barangan emas, hati-hati kerana ada
sindiket dianggota beberapa lelaki Sabah dikesan ligat menjual barang kemas
palsu.

Tidak kira siang atau malam, ahli sindiket akan mendekati mangsanya secara
tergesa-gesa sambil menunjukkan barang kemas celup tetapi dikatakan tulen.

Bermodal pakaian kemas dan bermulut manis, ahli sindiket mampu mendapat
keuntungan sehingga ribuan ringgit dengan barangan yang hanya bermodal RM60.
Kos RM60 itu pula hanya untuk membeli cangkuk emas tertera 916 tulen.

Seorang mangsa Kartika, 20, berkata, dia menjadi mangsa seorang lelaki Sabah
ketika berada di Hospital Kuala Lumpur (HKL) beberapa bulan lalu.

Menurut beliau, lelaki yang tergesa-gesa itu menunjukkan seutas gelang
dengan mempunyai cangkuk bertulis 916 dan ingin menjualnya dengan harga
RM1,000.

"Saya ingatkan ia emas tulen kerana ada angka 916.

"Selepas tawar-menawar, lelaki itu menjual gelang itu dengan harga RM100
saja,'' katanya ketika ditemui di sini semalam.

Menurut beliau, beberapa minggu memakai gelang itu, ia mula pudar dan
selepas diselidik gelang tersebut merupakan gelang palsu.

Kejadian itu tidak berakhir di situ apabila pada September lalu, seorang
anggota polis lelaki yang juga rakan Kartika cuba ditipu.

Zainal, 30-an, berkata, kejadian itu berlaku di Jalan Raja Laut dan seorang
lelaki menawarkan seutas rantai leher ada tanda 916 pada cangkuknya dengan
harga RM400.

"Sebaik didekati, saya teringat nasib Kartika dan terus merampas rantai
tersebut selepas memperkenalkan diri sebagai polis.

"Lelaki itu yang takut terus memanggil beberapa rakannya untuk meminta
semula rantai itu tetapi selepas saya bertegas semua melarikan diri,'' kata
beliau.

Kosmo! yang membandingkan rantai tersebut dengan yang tulen mendapati warna
rantai leher yang dirampas itu sangat pudar tetapi cangkuknya berkilat dan
memang mempunyai angka 916.

Sementara itu, sumber polis dari Bahagian Unit Rekod Perangkaan (D4) Ibu
Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur berkata, antara barang kemas yang
popular di kalangan sindiket iaitu rantai, gelang dan jam tangan palsu
menggunakan jenama terkenal.

Menurut beliau, polis telah memantau pergerakan sindiket tersebut tetapi
pihaknya kekurangan bukti untuk menahan suspek berikutan tidak menerima
sebarang laporan dari mana-mana mangsa setakat ini.
 *Baca lain-lain INFO - KLIK DISINI <http://www.biovco.com/?ref=yg>*

Kirim email ke