Harga minyak kembali RM1.92 seliter? <http://www.biovco.com/?ref=yg>

JOHOR BAHRU - Rakyat Malaysia boleh kembali menikmati harga runcit minyak
pada kadar RM1.92 seliter seperti tahun 2006 sekiranya harga komoditi itu di
pasaran dunia turun kepada AS$72 setong.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul
Samad berkata, harga tersebut tidak mustahil jika berlaku penurunan
berterusan harga minyak dunia.

"Kerajaan menurunkan harga minyak berpandukan kepada dua fakta iaitu
mengikut kadar pertukaran ringgit dengan US dolar serta harga minyak mentah
di pasaran dunia.

"Contohnya, kalau lihat kepada tahun 2006, ketika itu harga minyak mentah
berada pada AS$65 setong dengan harga RM1.92 seliter dengan kadar pertukaran
wang RM3.80," katanya selepas merasmikan bangunan kilang zip, YKK (Malaysia)
Sdn. Bhd., bernilai RM6.4 juta di Kawasan Perindustrian Larkin, Johor Bahru
semalam.

Pada 24 September lepas, kerajaan mengumumkan harga petrol dan diesel
diturunkan sebanyak 10 sen dan berikutan itu, harga minyak petrol jenis RON
97 turun kepada RM2.45 seliter, RON 92 kepada RM2.30 seliter, manakala
diesel kepada RM2.40 seliter.

* **Baca lain-lain INFO - KLIK DISINI* <http://www.biovco.com/?ref=yg>

Kirim email ke