Ganti sistem kapitalis - Sheikh Yusuf al-Qardawi<http://www.biovco.com/?ref=yg>

DOHA - Umat Islam sepatutnya mengambil kesempatan daripada krisis kewangan
global untuk membina satu sistem ekonomi yang bersesuaian dengan
prinsip-prinsip Islam, kata ulama berpengaruh Sheikh Yusuf al-Qardawi
semalam.

"Keruntuhan sistem kapitalis berlandaskan wang kertas dan lintah darat
antarabangsa, bukannya dagangan barang di pasaran menunjukkan sistem
tersebut dilanda krisis dan ia turut membuktikan bahawa falsafah ekonomi
Islam adalah kukuh," kata ulama kelahiran Mesir tetapi menetap di Qatar.

"Semua kekayaan dimiliki oleh kita (umat Islam). Negara- negara Islam
memiliki hampir semua minyak dan kita memiliki falsafah ekonomi yang tidak
dimiliki oleh orang lain," jelasnya.

Sheikh Yusuf yang menyampaikan ucaptama persidangan berhubung Baitulmaqdis
di Doha semalam turut menggesa umat Islam supaya mengambil iktibar daripada
krisis tersebut bagi membawa negara-negara Islam ke arah kemenangan

Persidangan keenam mengenai Baitulmaqdis itu dihadiri kira-kira 300 peserta
yang mewakili parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan dari berbagai
negara.

Ia dianjurkan oleh Institusi Antarabangsa Al-Quds (Baitulmaqdis) yang
ditubuhkan bagi memulihara bandar itu dan tempat-tempat suci di dalamnya.

Persidangan kali ini yang dijadualkan berlangsung selama tiga hari bertujuan
untuk melindungi tempat-tempat suci di Baitulmaqdis seperti Masjid Al-Aqsa
yang dipercayai diancam oleh Israel. - AFP
*Baca lain-lain INFO - KLIK DISINI <http://www.biovco.com/?ref=yg>*

 <http://www.biovco.com/?id=yg>

Kirim email ke