Harga minyak turun lagi <http://www.biovco.com/?ref=yg>

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, harga petrol RON97
dikurangkan sebanyak 15 sen kepada RM2.30 sen seliter berkuat kuasa hari
ini.

Perdana Menteri berkata, harga petrol RON92 dikurangkan sebanyak 10 sen
kepada RM2.20 manakala diesel turun 20 sen kepada RM2.20.

Ini berikutan harga minyak dunia telah menurun secara ketara akhir-akhir
ini, katanya dalam satu kenyataan dari Putrajaya semalam.

Harga minyak turun kepada purata AS$82 setong di pasaran antarabangsa.

Abdullah berkata, kerajaan membuat keputusan mempercepatkan pengurangan
harga runcit petrol dan diesel bagi membolehkan orang ramai menikmatinya
segera.

Perdana Menteri berkata, kerajaan sebelum ini telah melaraskan harga runcit
petrol, masing-masing pada 23 Ogos dan 24 September lepas.

Ia merupakan kali ketiga kerajaan menurunkan harga petrol dan diesel.

Pada 4 Jun lepas, kerajaan mengumumkan kenaikan harga petrol sebanyak 78 sen
atau kira-kira 41 peratus, kepada RM2.70 seliter daripada RM1.92 seliter,
berikutan lonjakan harga minyak mentah dunia ketika itu. - Bernama
 *Baca lain-lain INFO - KLIK DISINI <http://www.biovco.com/?ref=yg>*

 <http://www.biovco.com/?id=yg>

Kirim email ke