*CAHAYA MUKA NABI S.A.W. <http://www.biovco.com/?ref=yg>*

Telah diriwayatkan daripada Siti Aishah bahawa ia telah  berkata : "Sedang
aku menjahit baju pada waktu sahur (sebelum subuh) maka jatuhlah jarum
daripada tanganku, tiba-tiba kebetulan lampu pun  padam, lalu masuklah
Rasulullah s.a.w. Ketika itu juga aku dapat  mengutip jarum itu kerana
cahaya wajahnya, lalu aku berkata, " Hai  Rasulullah alangkah bercahayanya
wajahmu! Seterusnya aku bertanya: " Siapakah yang tidak akan melihatmu pada
hari kiamat?"

Jawab Rasulullah : "Orang yang bakhil."
Aku bertanya lagi : "Siapakah orang yang bakhil itu?"
Jawab baginda : "Orang yang ketika disebut namaku di depannya, dia  tidak
mengucap selawat ke atasku."

BERDOA

Berkata Al-Barra' r.a . bahawa Nabi s.a.w. bersabda: "Segala doa itu
terdinding (terhalang untuk dikabulkan) daripada langit sehingga orang yang
berdoa itu mengucapkan selawat untuk Muhammad dan keluarga Muhammad."

KIJANG DAN ANAKNYA

Diriwayatkan oleh Abu Na'im di dalam kitab 'Al-Hilyah' bahawa  seorang
lelaki lalu di sisi Nabi s.a.w. dengan membawa seekor kijang yang
ditangkapnya, lalu Allah Taala (Yang berkuasa menjadikan semua benda-benda
bercakap) telah menjadikan kijang itu bercakap kepada Nabi s.a.w. : "Hai
Pesuruh Allah, sesungguhnya aku ada mempunyai  beberapa ekor anak yang masih
menyusu, dan sekarang aku sudah ditangkap sedangkan mereka sedang kelaparan,
oleh itu haraplah  perintahkan orang ini melepaskan aku supaya aku dapat
menyusukan anak-anakku itu dan sesudah itu aku akan balik ke mari."

Bersabda Rasulullah s.a.w. " Bagaimana kalau engkau tak balik ke  mari
semula?" Jawab kijang itu: "Kalau aku tidak balik ke mari, nanti Allah Taala
akan melaknatku sebagaimana Ia melaknatkan orang yang tidak mengucapkan
selawat bagi engkau apabila disebut nama  engkau disisinya."

Lalu Nabi s.a.w. pun bersabda kepada orang itu : "Lepaskan kijang itu buat
sementara waktu dan aku jadi penjaminnya. "

Kijang itu pun dilepaskan dan kemudian ia kembali ke situ semula.  Maka
turunlah malaikat Jibril a.s. dan berkata : "Hai Muhammad, Allah Taala
mengucapkan salam kepada engkau dan Ia (Allah)  berfirman: " Demi
KemuliaanKu dan KehormatanKu, sesungguhnya Aku  lebih kasihkan umat Muhammad
daripada kijang itu kasihkan anak-anaknya dan Aku akan kembalikan mereka
kepada engkau sebagaimana  kijang itu kembali kepada engkau." Alhamdulillah.
marilah memperbanyakkan bersukur dan berselawat kerana kita tergolong dalam
umat Muhammad.

So Panjangkan kisah ini kepada sahabat-sahabat dan sudara-mara. Semoga  kita
sama-sama berusaha dalam menghidupkan rasa kasih sayang terhadap  Rasulullah
SAW.

Hai orang-orang yang beriman, masuklah ke dalam Islam secara
keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan,
sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu. (surah Al-Baqarah ayat :
208)
    *Baca lain-lain INFO - KLIK DISINI <http://www.biovco.com/?ref=yg>*

 <http://www.biovco.com/?id=yg>

Kirim email ke