Turunkan harga gas memasak <http://www.biovco.com/?ref=yg>
KUANTAN 15 Okt. - Presiden Persatuan Perlindungan Pengguna Malaysia (PPPM) hari ini mendesak kerajaan agar menurunkan segera harga runcit gas memasak memandangkan harga petrol dan diesel diturunkan sebanyak 40 sen seliter dan 38 sen seliter dalam tempoh beberapa bulan ini. Presidennya, Mohd. Firdaus Abdullah berkata, kerajaan perlu menurunkan harga gas memasak kerana bahan berkenaan masih kekal pada harga tinggi walaupun harga petrol dan diesel telah diturunkan oleh kerajaan sebanyak tiga kali dalam tempoh tidak sampai tiga bulan. Misalnya, kata beliau, harga tabung gas memasak 14 kilogram dinaikkan kepada RM24.50 ekoran kerajaan mengumumkan kenaikan harga bahan api tidak lama dulu, tetapi harga berkenaan kekal walaupun harga petrol dan diesel sudah diturunkan sebanyak 40 sen dan 38 sen seliter sehingga hari ini. ''Berdasarkan pemerhatian dan kajian PPPM, ketika harga petrol dan diesel dinaikkan oleh kerajaan sebelum ini, harga runcit gas memasak turut dinaikkan. ''Bagaimanapun, apabila harga bahan api dikurangkan sebanyak tiga kali, harga gas memasak kekal pada paras tinggi dan perkara ini perlu diberi perhatian," katanya kepada *Utusan Malaysia *di sini hari ini. Kerajaan semalam menurunkan harga bahan api sebanyak 15 sen bagi petrol dan 20 sen bagi diesel iaitu kali ketiga dalam tempoh tidak sampai tiga bulan. Mohd. Firdaus berkata, pihaknya percaya dengan menurunkan harga gas memasak, ia dapat mengurangkan beban masyarakat dan juga golongan peniaga kerana bahan itu merupakan keperluan penting. *Baca lain-lain INFO* *Serangan Resdung - Klik disini*<http://www.biovco.com/Serangan-resdung.php?ref=yg> * * *Penyakit kencing manis - Klik disini*<http://www.biovco.com/kencing-manis-1qa.php?ref=yg> * * *Kolestrol kurangkan paras - Klik disini*<http://www.biovco.com/kolestrol-18kl.php?ref=yg> * * *Ruam lampin - Klik disini*<http://www.biovco.com/ruam-lampin-01r.php?ref=yg> * * *Kelenjar thyroid tidak berfungsi - Klik disini*<http://www.biovco.com/kesihatan/penyakit_thyroid.html> * * *Memahami Alahan - Klik disini*<http://www.biovco.com/alahan-34fy.php?ref=yg> * * *Cara mencapai kesihatan optimum bagi pesakit jantung - Klik disini<http://www.biovco.com/kardiovaskular-39dw.php?ref=yg> * *Mitos Keguguran rambut - Klik disini<http://www.biovco.com/mitos-keguguran-rambut.php?ref=yg> * *Psoriasis - Klik disini <http://www.biovco.com/info/psoriasis-2v.html>* <http://www.biovco.com/?id=yg>
