*Lima Perkara Untuk Dipertimbangkan Sebelum Anda Berhenti Kerja<http://www.biovco.com/?ref=yg> *
Anda mungkin berangan-angan untuk memulakan perniagaan dari rumah atas berbagai-bagai sebab, tetapi sebelum anda memberitahu majikan anda mengenai niat anda untuk berhenti kerja, pertimbangkanlah tip-tip berikut: *1. Pekerjaan Anda Sekarang** * - **Jika terdapat pelan kebajikan syarikat, kaji samada nilainya akan bertambah dan samada anda mungkin akan menerima imbuhan darinya dan bilakah waktunya. - Jadualkan rutin pemeriksaan fizikal, pergigian atau mata yang lazimnya ditanggung oleh insuran kesihatan syarikat tempat anda bekerja. Tentukan jumlah kos pemeriksaan kesihatan tersebut sekiranya anda perlu membayarnya sendiri. - Kemaskini rekod rujukan anda. Sekiranya majikan anda pernah memuji anda kerana telah melakukan kerja-kerja pejabat dengan baik, tanyakan kepadanya samada beliau boleh meletakkannya dalam bentuk tulisan supaya anda boleh meletakkannya didalam fail anda. - Hadirilah mana-mana kursus, sesi latihan dan sebagainya lagi yang dibayar oleh majikan anda yang mana boleh digunakan didalam perniagaan anda dimasa hadapan. *2. Pelan Kewangan* - Simpan wang. Cuba hidup pada tahap asas seminimum yang boleh untuk melihat samada anda boleh bertahan sekiranya anda hanya memperolehi keuntungan yang kurang atau tiada langsung semasa anda memulakan perniagaan. Gunakan simpanan tersebut untuk perniagaan. Cuba kerja sambilan pada malam hari. Pakar mengesyorkan supaya anda membuat simpanan yang bersamaan nilainya dengan jumlah wang untuk dua tahun perbelanjaan hidup anda – purata masa yang diperlukan untuk sesuatu perniagaan mendapat keuntungan – sebelum anda berhenti kerja untuk memulakan perniagaan sepenuh masa tersebut. - Pastikan samada anda akan mendapat apa pampasan atau pakej persaraan yang mana boleh membantu membiayai perniagaan atau membayar perbelanjaan kehidupan anda. *3. Penilaian Diri Sendiri* - Tanya kepada diri anda sendiri dan orang lain samada anda mempunyai tokoh sebagai seorang pemilik perniagaan. Tetapkan matlamat, kefleksibelan, disiplin diri, keyakinan diri untuk menghadapi risiko tertentu, sanggup untuk 'memasarkan' diri dan perniagaan anda, dan lain-lain, adalah beberapa ciri penting sebagai seorang usahawan. - Nilai semula kemahiran-kemahiran dan pendidikan anda untuk memastikan samada anda perlukan latihan tambahan untuk usaha niaga anda itu. *4. Persediaan Permulaan Perniagaan* - Sediakan pelan perniagaan yang boleh anda bawa ke pihak bank. - Buat kajian pasaran secara terperinci mengenai idea perniagaan anda. Gunakan cara kajian primer (bertanya terus kepada seseorang untuk mendapatkan maklumbalasnya) dan cara kajian sekunder (mengumpul data dan maklumat demografi dari syarikat-syarikat perniagaan, badan-badan berkanun dan agensi-agensi kerajaan) bagi membina profil pelanggan dan melihat samada wujudnya pasaran. - Mulakan perniagaan anda secara sambilan. 90 peratus daripada pemilik-pemilik perniagaan melakukannya. - Bina rangkaian perniagaan dengan pakar-pakar dan orang-orang yang terlibat didalam industri anda dan didalam komuniti dimana anda akan menjalankan perniagaan anda. Ia amat penting untuk mendapatkan orang-orang yang boleh dirujuk dan pelanggan-pelanggan. *5. Persediaan Keluarga* Bincang dengan pasangan dan keluarga anda berkenaan dengan impak permulaan perniagaan tersebut keatas hidup mereka. Sokongan dari mereka amat penting demi kejayaan perniagaan anda. Anda akan sentiasa memerlukan apa sahaja jenis sokongan yang ada sehingga perniagaan anda dapat berdiri sendiri. Dengan hanya mengikuti tip-tip praktikal seperti ini sahaja barulah perniagaan anda akan boleh berjaya apabila anda keluar dan memulakan perniagaan anda sepenuh masa. *Baca lain-lain INFO* *Serangan Resdung - Klik disini*<http://www.biovco.com/Serangan-resdung.php?ref=yg> * * *Penyakit kencing manis - Klik disini*<http://www.biovco.com/kencing-manis-1qa.php?ref=yg> * * *Kolestrol kurangkan paras - Klik disini*<http://www.biovco.com/kolestrol-18kl.php?ref=yg> * * *Ruam lampin - Klik disini*<http://www.biovco.com/ruam-lampin-01r.php?ref=yg> * * *Kelenjar thyroid tidak berfungsi - Klik disini*<http://www.biovco.com/kesihatan/penyakit_thyroid.html> * * *Memahami Alahan - Klik disini*<http://www.biovco.com/alahan-34fy.php?ref=yg> * * *Cara mencapai kesihatan optimum bagi pesakit jantung - Klik disini<http://www.biovco.com/kardiovaskular-39dw.php?ref=yg> * *Mitos Keguguran rambut - Klik disini<http://www.biovco.com/mitos-keguguran-rambut.php?ref=yg> * *Psoriasis - Klik disini <http://www.biovco.com/info/psoriasis-2v.html>* <http://www.biovco.com/?id=yg>
