*Bijak urus wang ceriakan keluarga<http://www.biovco.com/bijak-urus-wang.php>
*

UNTUK menjalani kehidupan seharian yang lebih selesa, pengurusan kewangan
cukup penting. Perbelanjaan harus setimpal dengan pendapatan dan gaji
bulanan yang diterima. Sebagai contoh, gaji kakitangan awam bulan ini sudah
diterima pada 8 Oktober lalu, bermakna mereka harus mampu bertahan sehingga
gaji bulan depan yang bakal diperoleh selepas 20 November akan datang.

Meskipun diketahui, Aidilfitri memerlukan ibu bapa berbelanja lebih besar
berbanding bulan sebelumnya, mereka harus bijak mengatur dan mengurus
pendapatan supaya tidak kekeringan hingga terpaksa meminjam bank, saudara
mara atau menggunakan kad kredit yang tentunya menambah beban untuk membayar
balik pinjaman.

Selepas pulang berhari raya di kampung, ada penghuni kota terus merayakan
Aidilfitri di taman perumahan masing-masing dan kunjung mengunjung ke rumah
jiran tetangga dan teman sepejabat. Sesetengahnya merancang mengadakan rumah
terbuka terutama pada Sabtu dan Ahad yang tentunya memerlukan perbelanjaan
yang bukan sedikit.

Lebih menyedihkan, ada umat Islam tidak peduli dan tidak mengira
perbelanjaan yang dikeluarkan asalkan dapat berhari raya dengan puas. Tidak
keterlaluan jika dikatakan, ada di kalangan lupa diri ketika berbelanja
seakan-akan gaji bulan ini yang diterima adalah satu pemberian khas untuk
dihabiskan pada hari raya sehingga lupa bahawa mereka tidak akan menerima
gaji lagi pada hujung bulan ini.

*Baca artikel penuh - KLIK DISINI<http://www.biovco.com/bijak-urus-wang.php>
*

**

Kirim email ke