*Makanan tambahan atau makanan
seimbang?<http://www.biovco.com/makanan-seimbang.php?ref=yg>
*

PENGAMBILAN makanan tambahan atau suplemen sama ada dalam bentuk pil, serbuk
atau cecair setiap hari bukan lagi amalan luar biasa di kalangan masyarakat
hari ini.

Di kalangan selebriti terkenal misalnya, ia bagaikan satu kemestian yang
didakwa bertujuan mengekalkan kesihatan.

Golongan ini dikatakan terlalu berhati-hati dalam soal pengambilan makanan
sehingga ada yang bergantung kepada makanan tambahan semata-mata dan
mengehadkan pengambilan makanan seperti nasi dua atau tiga kali seminggu.

Namun, sejauh mana keperluan dan kepentingan makanan tambahan tersebut
kepada seseorang itu masih menjadi persoalan kebanyakan daripada kita.

Membincangkan topik itu, Ketua Pemakanan di Institut Jantung Negara (IJN),
Mary Easaw John berkata, selagi seseorang itu sihat dan boleh makan apa
sahaja, mereka sepatutnya tidak perlu mengambil makanan tambahan.


*Baca artikel penuh - KLIK
DISINI<http://www.biovco.com/makanan-seimbang.php?ref=yg>
*

Kirim email ke