*Mengesan petanda awal penyakit kanser<http://www.biovco.com/penyakit-kanser.php?ref=yg> *
Sebagai seorang wanita, Dr. Puteri Shafinaz Akmar Abdul Rahman amat prihatin dengan penyakit yang melanda kaum wanita sekarang ini. Contohnya, kaum wanita kini lebih terdedah kepada pelbagai penyakit terutama kanser yang sememangnya memerlukan pengesanan awal. Untuk itu ia ingin membantu menggunakan kaedah kajian proteomik, iaitu kaedah yang mana protein dalam sel atau organisma dikaji bagi memperoleh profil ekspresi protein. Menurut Dr. Puteri Shafinaz, pensyarah Jabatan Perubatan Molekular, Universiti Malaya (UM) itu, pihaknya sedang menjalankan kajian berkaitan darah pesakit kanser melalui ujian proteomik. "Buat masa ini, saya lebih menjalankan kajian menjurus kepada kanser endometrium (rahim) dan serviks (pangkal rahim). "Darah pesakit dianalisis menggunakan kaedah gel dua dimensi yang mana protein darah berkenaan dipisahkan mengikut tahap isoelektrik dan berat molekul masing-masing. "Titik protein berkenaan kemudiannya akan dikesan pada gel menggunakan teknik pewarnaan," katanya. *Baca artikel penuh - KLIK DISINI<http://www.biovco.com/penyakit-kanser.php?ref=yg> *
