*Menentang komplikasi berkaitan kencing
manis<http://www.biovco.com/komplikasi-diabetes.php>
*

Sebelum ini, bahaya kepada penghidap penyakit kencing manis dan juga risiko
kesihatan terhadap mereka yang berada di peringkat pra kencing manis telah
dihuraikan. Telah dinyatakan bahawa bukan penyakit itu yang harus dirisaukan
tetapi akibat daripada tidak membetulkan ketidakseimbangan atau kerosakan
kepada toleransi glukosa yang perlu ditangani, sama ada pesakit kencing
manis jenis kedua atau pra kencing manis.

Penyakit biasa yang diketahui ada hubungkaitnya dengan kencing manis ialah
penuaan pra masa, tekanan darah tinggi, aterosklerosis, kegagalan jantung
kogestif, strok, osteoporosis, masalah mata (katarak, glaukoma, retinopati),
kepincangan fungsi erektil serta neuropati (kekebasan atau rasa berdenyut di
kaki atau tangan). Anda mungkin tidak berasa sakit sepenuhnya, oleh itu
kudis akan berkembang lebih buruk dan anda rentan kepada jangkitan.
Kerosakan teruk pada saraf penghidap kencing manis merupakan sebab utama
pemotongan paha dan kaki dan kegagalan buah pinggang. Mereka mungkin
menanggung risiko lebih tinggi untuk mendapat jangkitan dan kematian akibat
jangkitan. Gula darah yang tinggi membuatkan lebih susah untuk badan
menentang jangkitan.

*Baca artikel penuh - KLIK DISINI<http://www.biovco.com/komplikasi-diabetes.php>
*

Kirim email ke