*Tangani punca sakit <http://www.biovco.com/infoterkini.php?id=7>*
TOMOHIRO KITAZAWA bukanlah petani biasa. Beliau tidak bekerja di bawah cahaya matahari terik mahupun di sebuah kawasan ladang, sebaliknya beliau perlu melaporkan diri di tengah-tengah kesibukan bandar raya Tokyo untuk mencari nafkah. Sungguhpun bandar raya ibu negara Jepun itu bergelut dengan pelbagai masalah daripada keselamatan makanan ke isu pemanasan global sehinggalah pengangguran, semakin ramai penduduk di kota metropolis itu memilih untuk menjadi petani bandar dengan bercucuk-tanam di atas bangunan-bangunan tinggi atau di sudut tertentu di bawah tanah. Kitazawa, 31, tiba untuk bekerja di daerah kewangan Tokyo, Otemachi, dalam sebuah lif berwarna perak. Apa yang dahulunya peti kebal bawah tanah sebuah bank kini telah diubah kepada sebuah dunia penuh kehijauan yang dikelilingi dengan udara lembap yang panas. *Baca artikel penuh - KLIK DISINI<http://www.biovco.com/infoterkini.php?id=7> *
