*Jalani hidup selama 118 hari tanpa
jantung<http://www.biovco.com/info-kesihatan.php?ref=yg>
*

MIAMI – Seorang remaja berumur 14 tahun, D'Zhana Simmons di Amerika Syarikat
(AS) berjaya hidup hampir empat bulan tanpa jantung, kata beberapa doktor
kelmarin.

Bagaimanapun, Simmons hidup dengan bantuan satu mesin pengepam darah tiruan
khas sehingga dia mampu menjalani pembedahan pemindahan jantung.

Sebelum ini terdapat kes yang sama di Jerman di mana seorang pesakit dewasa
hidup selama sembilan bulan tanpa jantung.

Bagaimanapun, pasukan doktor di Miami percaya Simmons merupakan budak
pertama hidup tanpa jantung untuk tempoh yang lama.

Simmons yang berasal dari South Carolina berkata, pengalaman hidup tanpa
jantung sangat menakutkan.

"Anda tidak tahu bilakah mesin ini akan rosak," katanya dalam satu sidang
media di Universiti Miami.

Simmons mengalami satu penyakit jantung di mana jantungnya menjadi lemah dan
membesar serta tidak mampu mengepam darah dengan lancar.

Dia menjalani pembedahan pemindahan jantung pada 2 Julai lalu tetapi organ
baru itu gagal berfungsi dan terpaksa dikeluarkan.

Dua pam jantung yang direka oleh sebuah syarikat di California digunakan
bagi membantu mengepam darah Simmons sehingga dia sihat dan bersedia untuk
menjalani pembedahan jantung kedua pada 29 Oktober lalu.

"Gadis itu hidup selama 118 hari tanpa jantung dan pengedaran darahnya
dibantu oleh dua pam berkenaan," kata seorang doktor, Marco Ricci. – Reuters
*BACA lain-lain INFO - KLIK
DISINI<http://www.biovco.com/info-kesihatan.php?ref=yg>
*

Kirim email ke