*Zarah radikal bebas bahayakan manusia<http://www.biovco.com/info-kesihatan.php> * ** *Antara punca perubahan kimia itu ialah tekanan mental, pencemaran, merokok, racun perosak dan sinaran*
Manusia menyedut oksigen dan menghembuskan karbon dioksida. Oksigen penting untuk kehidupan dan kerana itu kita menganggap oksigen baik untuk kita. Namun apabila oksigen yang sama melalui perubahan kimia, ia boleh menjejaskan manusia. Perubahan kimia itu menghasilkan zarah radikal bebas, suatu pemangsa molekul yang lapar. Zarah radikal bebas itu bukan benda hidup seperti bakteria atau virus dan sebagai molekul, ia jauh lebih halus. Suatu zarah radikal bebas menyebabkan masalah kerana atom oksigennya kekurangan satu elektron dan ini dilakukan dengan "mencuri" satu elektron daripada suatu molekul lain. Ini akan menghasilkan suatu zarah radikal bebas lain yang kemudian memerlukan pengganti bagi elektronnya itu dan kanibalisme itu akan berterusan. Dalam sehari, ada ratusan bilion zarah radikal bebas yang menyerang molekul sihat dalam sel tubuh manusia. Berita baiknya adalah zarah radikal bebas itu dapat dikawal. Perubahan kimia yang mencetuskan pembentukan zarah radikal bebas itu disebabkan tekanan mental, pencemaran, merokok, racun perosak dan sinaran. Jadi, dengan mengawal pendedahan kita kepada unsur itu, kita dapat mengawal pembentukan zarah radikal bebas yang merosakkan itu. Ahli sains mendapati penyakit jantung, strok, kanser, artritis dan banyak lagi penyakit gaya hidup yang merupakan pembunuh utama hari ini disebabkan zarah radikal bebas itu. Kedut kulit manusia juga disebabkan zarah radikal bebas itu. Zarah radikal bebas juga didapati punca minyak tengik, besi berkarat dan bahan api terbakar. Dengan mempelajari lebih lagi mengenai zarah radikal bebas dan cara mengawalnya, ahli sains dapat membantu menentang sekurang-kurangnya satu daripada punca penyakit gaya hidup itu dan mungkin juga usia tua. Bagaimanapun, sukar untuk mengawal zarah radikal bebas itu kerana ia sangat reaktif dan dapat dihasilkan dengan tahap radias yang rendah, dengan metabolisme lemak dalam badan manusia dan melalu pendedahan kepada toksin kia dan stres. Zarah radikal bebas itu juga bersifat sangat merosakkan molekul lain dalam badan manusia, merosakkan DNA, membran sel dan struktur sel yang lain. Zarah radikal bebas itu boleh menghakis dan melumpuhkan keseluruhan proses biokimia sel. Zarah radikal bebas juga disyaki mengaktifkan sel kanser yang terpendam. Ia mampu menimbulkan kebinasaan badan secara dahsyat. Sebagai tambahan, zarah radikal bebas itu dapat membentuk peroksida apabila digabungkan dengan oksigen dan lemak tidak tepu yang akan merosakkan sel dan membran pelindungnya. Kerosakan yang terkumpul bertahun-tahun mengakibatkan tompok pada kulit, tisu berkedut, kecederaan organ, keradangan, kanser, penyakit kardiovaskular, strok, penghantaran neuro otak yang lemah dan saluran darah yang tercedera. Pendek kata, segala tanda dan gejala usia tua. Andainya anda mengambil sebiji epal, memotongnya kepada dua bahagian dan mendedahkannya, lama-kelamaan pasti warna epal itu akan berubah. Ini disebabkan zarah radikal bebas. Pendedahan berlanjutan akan menyebabkan buah itu menjadi busuk dan akhirnya apa yang tinggal hanyalah kulit yang kering. Sekarang bayangkan badan manusia sebagai ganti epal itu, dan anda akan mendapat suatu gambaran yang sesungguhnya mengerikan mengenai kemungkinan yang berlaku kepada tubuh manusia jika zarah radikal bebas itu dibenarkan berleluasa tanpa kawalan. Diharap dengan artikel ini para pembaca dapat memahami kesan zarah radikal bebas kepada tubuh badan kita. *Baca lain-lain INFO - KLIK DISINI<http://www.biovco.com/info-kesihatan.php> *
