Dilema pakatan keselamatan AS-Iraq<http://www.biovco.com/info-kesihatan.php>
BAGHDAD - Tentera Amerika Syarikat (AS) sedang menyegerakan kes jenayah terhadap kira-kira 5,000 tahanan susulan perjanjian pakatan keselamatan dengan Iraq yang akan menamatkan hak AS untuk menahan tahanan tanpa dibicaraan. Kes-kes yang akan disegerakan itu melibatkan semua tahanan disifatkan oleh tentera AS sebagai merbahaya selain mereka yang disyaki menjadi anggota kumpulan Al-Qaeda. Pakatan keselamatan yang dicadangkan pada minggu lalu itu akan diundi di parlimen Iraq esok. Matlamat utamanya adalah bukan sahaja menetapkan jadual untuk tentera AS meninggalkan Iraq menjelang hujung 2011 tetapi pada masa yang sama, AS turut mengembalikan hak kawalan keselamatan kepada pihak berkuasa Iraq. Jika diluluskan, perjanjian tersebut menghalang askar-askar AS daripada menahan suspek tanpa pendakwaan seperti yang berlaku sejak pencerobohan AS ke atas Iraq pada 2003 dengan alasan untuk mengguling bekas Presiden Saddam Hussein. "Pada akhirnya, jika tiada bukti kukuh untuk menghadapkan tahanan-tahanan itu ke mahkamah kami terpaksa membebaskan mereka," kata komander sistem tahanan AS di Iraq, Brigedier Jeneral David Quantock. Setakat ini, kata Quantock, tentera AS hanya mempunyai bukti mencukupi untuk mendakwa beberapa ratus tahanan sahaja dan membayangkan kemungkinan akan membebaskan beribu-ribu yang lain. "Kami memiliki kerja bertimbun," katanya. Kesukaran dalam menyiapkan pendakwaan tahanan-tahanan itu sebahagiannya berpunca daripada perbezaan sistem undang-undang yang diguna pakai di AS dan Iraq. - AP *Baca lain-lain INFO - KLIK DISINI<http://www.biovco.com/info-kesihatan.php> *
