Awas juruwang curi data kad
kredit<http://www.biovco.com/infoterkini.php?id=15>

KUALA LUMPUR - Perbuatan empat juruwang hotel dan restoran yang bersekongkol
dengan sebuah sindiket bagi mencuri data kad kredit pelanggan untuk diklon
mengundang padah apabila mereka ditahan dalam beberapa siri serbuan di
seluruh negara.

Serbuan yang dilakukan sejak beberapa bulan lalu itu bermula sebaik polis
menjalankan siasatan selepas menerima maklumat dan laporan dari beberapa
mangsa mengenai kegiatan tersebut.

Melalui serbuan itu, polis dapat menumpaskan tiga sindiket yang beroperasi
di lima buah negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Sarawak dan Sabah
dengan menahan 11 lelaki serta lima wanita berusia antara 22 dan 44 tahun.

Sindiket yang beroperasi sejak awal tahun itu telah mengaut keuntungan
ratusan ribu ringgit dengan menjual maklumat dan data kad kredit mangsa
melalui e-mel dan khidmat pesanan ringkas (SMS).

Sindiket-sindiket itu pula tidak mempunyai kaitan antara satu sama lain.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Koh
Hong Sun berkata, selain itu, sindiket juga akan menempah tiket kapal
terbang dan bilik hotel di luar negara melalui internet beberapa minit
mendapat data mangsa
.

 *Baca lain-lain artikel - KLIK
DISINI*<http://www.biovco.com/infoterkini.php?id=15>

Kirim email ke