*Sindiket penipuan laman sembang
internet<http://www.biovco.com/info-kesihatan.php>
*


PELABUHAN KLANG - Bagi anda yang gemar melayari laman sembang internet lalu
berkenalan dengan individu tidak dikenali yang kononya mahu memberi hadiah
istimewa kepada anda, jangan cepat terpedaya.

Ini kerana, individu yang dianggap rakan istimewa terutama berlagak dari
luar negara mungkin akan menyebabkan anda mengalami kerugian beribu-ribu
ringgit apabila anda begitu taksub inginkan hadiah istimewa itu.

Modus operandinya mudah, individu terbabit akan berlakon kononnya telah
mengirim hadiah tersebut menerusi pos kepada anda, tetapi ditahan Kastam
Diraja Malaysia (KDRM) kerana masih belum melunaskan cukai.

Pada masa sama, mangsa akan diarahkan segera memasukkan sejumlah wang ke
dalam akaun individu terbabit untuk mengeluarkan barangan berkenaan.

Ketika mendedahkan kegiatan itu, Ketua Pengarah Kastam, Datuk Ibrahim Jaapar
berkata, sindiket antarabangsa tersebut kini semakin giat memperdayakan
mangsa sejak sebulan lalu menerusi laman sembang internet.

Jelas beliau, individu terbabit juga didapati menggunakan nama agensinya
dengan menyamar sebagai pegawai kastam yang kononnya boleh mengeluarkan
barangan yang ditahan.

"Sindiket ini akan membuat panggilan palsu dan berlagak sebagai pegawai
kastam dan kemudiannya meminta mangsa bayar cukai menerusi talian terus
dengan memberi nombor akaun agar hadiah boleh dituntut di gudang kastam.

"Mangsa yang inginkan barangan itu akan memasukkan wang ke dalam akuan
berkenaan, tapi akhirnya mengetahui diri mereka terpedaya apabila hadiah itu
sebenarnya palsu setelah hubungi pihak kastam," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar ketika mendedahkan kegiatan
tersebut selepas majlis sambutan Hari Kualiti dan Integriti KDRM 2008 di
Wisma Kastam, di sini semalam.

Mengulas lanjut, Ibrahim menegaskan, pihaknya tidak pernah menyediakan
perkhidmatan pembayaran cukai menerusi talian terus sehingga kini, malahan
mengadakan jualan lelong menerusi internet.

Sehubungan itu, Ibrahim menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah
terpedaya dengan sindiket terbabit membuat laporan polis sekiranya telah
menjadi mangsa
.

*Baca lain-lain artikel - KLIK DISINI*<http://www.biovco.com/info-kesihatan.php>

Kirim email ke