*Serangan siber di Pusat Perintah AS dianggap
serius<http://www.biovco.com/info-kesihatan.php>
*

WASHINGTON - Serangan siber terhadap Amerika Syarikat (AS) sangat serius
dalam Pusat Perintah AS sehingga menyebabkan pengerusi ketua staf tentera
bersama, Michael Mullen terpaksa memberi taklimat kepada Presiden AS, George
W. Bush dan Setiausaha Pertahanan, Robert Gates, lapor sebuah akhbar
semalam.

Beberapa pegawai pertahanan berkata, serangan itu disasarkan pada komputer
di Pusat Perintah AS yang mengawasi situasi di Iraq dan Afghanistan.

Menurutnya, serangan itu melibatkan satu perisian berbahaya dikenali sebagai
malware yang boleh menyelinap ke dalam rangkaian komputer.

"Serangan ini mendapat perhatian kami kerana ia menyerang rangkaian komputer
yang penting," kata seorang pegawai keselamatan.

Bagaimanapun, para pegawai enggan mendedahkan kerosakan yang dialami.

Sebelum ini Pentagon dan beberapa jabatan kerajaan AS sering menghadapi
serangan siber terutama dari Rusia serta China.

Sejak 18 bulan lalu, Rusia dituduh melancarkan beberapa serangan elektronik
ke atas Estonia dan Georgia. - Agensi
*Baca lain-lain INFO - KLIK DISINI<http://www.biovco.com/info-kesihatan.php>
*

Kirim email ke