*Deposit haram: Empat didakwa <http://www.biovco.com/info-kesihatan.php>*


KUALA LUMPUR - Empat pengarah syarikat semalam dihadapkan ke Mahkamah Sesyen
di sini terhadap tuduhan menerima deposit secara tidak sah daripada orang
awam berjumlah RM36 juta.

Pengarah syarikat Pan-Phoenix Dina Steel Sdn. Bhd., M. Bakri Kamaruddin, 47,
dan Zainal Md. Yusuf, 44, mengaku tidak bersalah menerima deposit daripada
orang awam tanpa lesen sah mengikut Akta Bank dan Institusi-institusi
Kewangan 1989 di Wisma Goldhill, Jalan Raja Chulan di sini, antara 31
Januari 2007 hingga 8 April 2008.

Sementara itu, dua pengarah syarikat Business Time Dina Sdn. Bhd., Hasri
Mohd. Noor, 38, dan Hazlan Abd. Hamid, 36, mengaku tidak bersalah,
masing-masing terhadap dua pertuduhan bagi kesalahan menerima deposit tanpa
lesen daripada orang awam dan sebuah syarikat di tempat sama, antara 4
Januari hingga 8 April 2008 dan pada 25 Februari 2008.

Syarikat Pan-Phoenix turut menghadapi satu pertuduhan menerima deposit
secara tidak sah mengikut akta sama, di tempat yang sama pada 31 Januari
2007 manakala syarikat Business Time dua pertuduhan kesalahan sama yang
dilakukan pada 4 Januari hingga 8 April 2008 dan pada 25 Februari 2008.

Harun Mat Saat, 42, pembantu kedua-dua syarikat terbabit, turut didakwa dan
mengaku tidak bersalah atas tiga tuduhan bagi kesalahan sama, yang dilakukan
di tempat sama, pada 31 Januari 2007 hingga 8 April 2008, 4 Januari hingga 8
April 2008 dan pada 25 Februari 2008.

Kesemua pertuduhan mengikut Seksyen 25(1) Akta Bank dan Institusi-institusi
Kewangan 1989.

Pegawai Pendakwa dari Bank Negara Malaysia, Mohd. Shukri Mohd. Mansur
menawarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM1 juta setiap seorang.
*Baca lain-lain INFO - KLIK DISINI<http://www.biovco.com/info-kesihatan.php>
*

Kirim email ke