*Elak 'tergadai' di internet <http://www.biovco.com/info-kesihatan.php>*

KUALA LUMPUR - Pengguna internet perlu berwaspada mendedahkan maklumat
peribadi bagi mengelak ia digunakan untuk tujuan khianat oleh penjenayah
siber.

Butir-butir peribadi seperti yang dipaparkan dalam laman sembang internet
contohnya boleh digunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk menipu
dengan cara menggodam akaun bank dan sebagainya.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Fadillah Yusof berkata,
kealpaan itu perlu dihentikan, apatah lagi kesedaran masyarakat dalam
menjaga maklumat peribadi masih rendah.

"Antara contoh penipuan ialah laman web yang mengatakan anda menang dalam
satu pertandingan dan memerlukan anda memasukkan semua butiran peribadi
untuk menuntut hadiah.

"Tidak kurang juga kes gadis menjadi mangsa apabila gambar mereka yang
dimuat turun di internet disalahgunakan dan terpapar sebagai gambar lucah,''
katanya sempena Promosi dan Kesedaran Keselamatan Siber yang dianjurkan oleh
CyberSecurity Malaysia, di sini semalam.

Menurutnya, CyberSecurity hanya berkuasa untuk menutup laman web lucah atau
mencegah penggodam tetapi ia tidak membawa sebarang erti jika masyarakat
tidak menjaga keselamatan sendiri.
*Baca lain-lain INFO - KLIK DISINI<http://www.biovco.com/info-kesihatan.php>
*

Kirim email ke