*Masjid lubuk pukau <http://www.biovco.com/info-kesihatan.php>*

KUALA LUMPUR - Kunjungan ke masjid sepatutnya untuk beribadat, namun bagi
seorang lelaki yang dipercayai dari Timur Tengah menjadikan tempat suci itu
untuk mencuri wang dengan cara memukau mangsa.

Dengan menggunakan taktik mahu menukar wang atau melihat not mata wang
Malaysia, lelaki berusia dalam lingkungan 30-an itu berjaya mencuri wang
mangsa tanpa disedari.

Malah, lelaki terbabit yang berpakaian kemas dan berjambang seperti orang
warak itu menyebabkan mangsa tidak mengesyaki niat jahatnya.

Seorang mangsa yang ingin dikenali sebagai Rahmat memberitahu, dia datang ke
Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kelmarin untuk membayar gaji pekerja
yang bertugas melakukan kerja-kerja pembersihan di situ sebanyak RM3,000.

"Tiba-tiba datang seorang lelaki Arab mahu menukar wang RM100 daripada saya.
Pada mulanya saya enggan menukarnya tetapi atas dasar ingin membantu sesama
Islam, saya pun bersetuju untuk membantunya. Lagi pun ini kawasan masjid
jadi saya tidak syak apa-apa.

"Selepas saya beri dua keping not bernilai RM50, dia pun beredar, tetapi
lepas saya periksa kembali beg saya, saya terkejut apabila mendapati RM3,000
sudah hilang,'' katanya ketika ditemui* Kosmo!* semalam.

Rahmat memberitahu ada rakan yang dikenalinya mendakwa pernah melihat
kelibat lelaki memandu sebuah kereta Proton Gen2 di masjid sama.

Ekoran kejadian itu, Rahmat membuat laporan polis di Balai Polis Sentul dan
ia disahkan oleh jurucakapnya, Asisten Komisioner Zakaria Pagan.

*Baca lain-lain INFO - KLIK DISINI<http://www.biovco.com/info-kesihatan.php>
*

Kirim email ke