*Jualan kereta AS merosot teruk <http://www.biovco.com/info-kesihatan.php>*
NEW YORK – Jualan kenderaan di Amerika Syarikat (AS) jatuh sebanyak 37 peratus pada November lalu iaitu kemerosotan terburuk dalam tempoh lebih 26 tahun. Setiap pengeluar kenderaan utama AS mencatatkan pengurangan jualan melebihi 30 peratus dengan jualan syarikat General Motors merosot sebanyak 41 peratus manakala jualan Chrysler LLC pula menyusut sebanyak 47 peratus. Jualan kenderaan import juga menerima nasib yang sama dengan jualan Toyota jatuh sebanyak 34 peratus, Nissan menjunam sebanyak 42 peratus dan Honda susut sebanyak 32 peratus. – AP *Baca lain-lain INFO - KLIK DISINI<http://www.biovco.com/info-kesihatan.php> *
