*Bayi 9 bulan hilang dalam kandungan<http://www.biovco.com/info-kesihatan.php>
*

*Doktor pakar sah rahim wanita kosong

*ALOR STAR: Impian seorang anggota tentera untuk menimang cahaya mata sulung
hasil perkongsian hidup selama dua tahun dengan isterinya tidak tercapai
selepas bayi yang dikandung suri rumah itu disahkan hilang selepas sembilan
bulan mengandung.

Pasangan Mohd Fazli Samsudin, 27, dan Nurul Shuhada Mat Isa, 20, tidak dapat
menahan kesedihan dan terkejut selepas dimaklumkan doktor pakar di sebuah
pusat bersalin swasta di sini bahawa rahim wanita terbabit kosong ketika
melakukan imbasan terakhir, Isnin lalu sebelum dijangka bersalin semalam.

Nurul Shuhada disahkan mengandung pada Mac lalu selepas menjalani
pemeriksaan di Hospital Angkatan Tentera (Resat), di Kuala Lumpur dan
dijangka bersalin pada 29 November lalu.

Nurul Shuhada berkata, sukar baginya menerima kenyataan apabila bayi yang
dikandung selama sembilan bulan hilang dengan sekelip mata sehingga
menimbulkan satu misteri kepada dirinya, suami dan keluarga.

"Kerana tidak berpuas hati, saya kemudiannya dibawa keluarga ke sebuah lagi
pusat perubatan swasta di Jitra untuk membuat pemeriksaan kali kedua namun
keputusan tetap sama. Malah, doktor mendakwa rahim saya normal seperti
wanita yang tidak mengandung," katanya ketika ditemui Berita Harian di
rumahnya di Kampung Masjid Lama, Hutan Kampung, di sini.

Nurul Shuhada yang menetap di Kuala Lumpur untuk bersalin di rumah ibunya di
Kampung Masjid Lama, Hutan Kampung, di sini sempat membuat rawatan terakhir
di Klinik Kuala Muda dua minggu lalu sebelum diarahkan merujuk ke HSB,
semalam.

Beliau berkata, sebelum kejadian, dia tidak berasa sebarang perubahan cuma
mengalami lenguh pada anggota badan selain perutnya memulas.

"Saya pernah bermimpi ada objek seperti kapas putih berada di tepi badan
saya seolah-olah seperti sedang menyusu dan objek itu sentiasa mengusap
badan saya. Mimpi itu terjadi selama tiga malam berturut-turut selepas itu
saya mengalami demam panas," katanya.

Sementara itu, Mohd Fazli yang bergegas pulang dari Kuala Lumpur kelmarin
selepas dimaklumkan berita itu oleh isterinya, masih terkejut dan menganggap
ia sebagai dugaan Allah kepada mereka berdua.

*Baca lain-lain INFO - KLIK DISINI<http://www.biovco.com/info-kesihatan.php>
*

Kirim email ke