*Taliban bakar 96 trak bawa Humvee tentera Barat*<http://www.biovco.com/info-kesihatan.php>
PESHAWAR 7 Dis. - Lebih 200 anggota Taliban membakar hampir 100 trak yang mengangkut Humvee dan kenderaan lain untuk tentera Barat di Afghanistan dalam satu serangan di Peshawar, barat laut Pakistan hari ini. Pengawal keselamatan berkata, mereka tidak mampu melawan anggota militan tersebut yang menyerang dua terminal di jalan lingkaran di Peshawar. Terminal tersebut menempatkan trak-trak yang membawa Humvee dan kenderaan jenis lain. "Kejadian berlaku sekitar 2.30 pagi (6.30 pagi waktu Malaysia). "Mereka melancarkan roket, melontar bom tangan dan kemudian membakar 96 trak," kata pegawai kanan polis, Azeem Khan. Kebanyakan bekalan termasuk bahan bakar untuk tentera Amerika Syarikat (AS) dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di Afghanistan dibawa dengan trak melalui Pakistan terutama menerusi Genting Khyber. Azeem berkata, seorang pengawal keselamatan swasta terbunuh dalam pertempuran antara polis dengan militan itu. Kerajaan Pakistan bulan lepas menutup laluan bekalan utama kepada tentera Barat di Afghanistan selama seminggu selepas puak militan merampas lebih 12 trak di sebatang jalan menerusi Genting Khyber. - Reuters *Baca lain-lain Artikel : KLIK DISINI*<http://www.biovco.com/info-kesihatan.php> <http://www.biovco.com/> *KLIK DISINI UNTUK MAKLUMAT LANJUT <http://www.biovco.com/>* **
