*AS bimbang Kabul ditawan Taliban*<http://www.biovco.com/info-kesihatan.php>

WASHINGTON 7 Dis. - Sebahagian besar askar Amerika Syarikat (AS) yang
dijadual tiba di Afghanistan pada tahun depan akan ditempatkan di laluan
masuk sebelah selatan menghala ke Kabul bagi mencegah ibu negara itu jatuh
ke tangan pemberontak.

Keputusan itu menggambarkan kebimbangan semakin meningkat di kalangan
pegawai tentera, diplomat dan pegawai kerajaan mengenai kedudukan Kabul dan
kawasan sekitarnya yang semakin terancam, lapor akhbar* New York Times* di
laman webnya semalam.

AS dijangka menghantar lebih 20,000 askar tambahan ke Afghanistan sebagai
memenuhi permintaan komander tertinggi tentera di negara itu, Jeneral David
McKiernan.

Sebahagian besar daripada askar itu akan dipindahkan dari Iraq.

Sungguhpun wilayah-wilayah Wardak dan Logar boleh dianggap selamat sejak
akhir tahun lepas, pemberontak telah meningkatkan serangan mereka di sana.

Kumpulan itu kadang-kadang berjaya menguasai beberapa bahagian jalan utama
yang menghubungkan Kabul dengan kawasan sebelah timur dan selatan, menurut *
Times*.

Pemberontak Taliban dan kumpulan gerila lain kini mempunyai pengaruh luas di
sebahagian besar kedua-dua wilayah meskipun belum dapat menguasainya,
menurut penganalisis keselamatan di Kabul, Sami Kovanen.

Perkembangan itu bermakna askar tambahan AS itu tidak akan ditempatkan di
sepanjang sempadan Afghan-Pakistan seperti yang dirancang sebelum ini.

  *Baca lain-lain Artikel : KLIK
DISINI*<http://www.biovco.com/info-kesihatan.php>


 <http://www.biovco.com/>
*KLIK DISINI UNTUK MAKLUMAT LANJUT <http://www.biovco.com/>*
**

Kirim email ke