59 mayat ditemui di New Orleans - Nasib 60,000 jadi tanda tanya

 

Minyak Kelapa Dara "BIOVCO" : http://www.maynetwork.net/biovco/

 

59 mayat ditemui di New Orleans - Nasib 60,000 jadi tanda tanya


NEW ORLEANS 5 Sept. - Seminggu selepas dilanda taufan Katrina, New Orleans dan tiga bandar raya utama yang lain memberi tumpuan untuk mencari mangsa-mangsa yang terkorban - jumlah yang masih menjadi tanda soal - dalam malapetaka yang paling buruk di Amerika Syarikat (AS).

Setakat semalam sebanyak 59 mayat ditemui di New Orleans, tetapi pegawai kanan perubatan semalam mengingatkan angka kematian rasmi pertama akibat taufan Katrina itu hanyalah peratusan kecil daripada bilangan sebenar yang terkorban.

Pihak berkuasa berkata, 26 mayat telah dipungut di rumah-rumah mayat sementara 22 mayat lagi ditemui di sebatang lebuh raya menghala keluar dari bandar raya itu manakala 11 lagi ditemui di mukim Jefferson.

Sebanyak 100 kematian telah disahkan di Mississippi dan masih banyak yang belum dikira.

``Jumlah mayat mangsa yang kami laporkan hari ini hanya titik permulaan, semua orang tahu bilangan kecil ini akan meningkat lagi,'' kata Setiausaha Jabatan Kesihatan, Dr. Fred Cerise dan Hospital Louisiana semalam.

Pegawai negeri dan tempatan telah menyatakan angka korban akibat taufan itu dijangka berjumlah beribu-ribu orang manakala seorang pegawai kerajaan persekutuan buat kali pertama semalam mengaku beribu-ribu orang telah terkorban.

Setiausaha Perkhidmatan Kesihatan dan Kemanusiaan, Michael Levitt memberitahu CNN, beliau tidak mempunyai angka kematian sebenar tetapi menambah: ``Saya fikir adalah jelas jumlahnya beribu-ribu.''

Datuk Bandar New Orleans, Ray Nagin pula berkata, terdapat beribu-ribu mayat di bandar raya yang musnah itu.

Ditanya oleh CNN mengenai jumlahnya, Nagin berkata: ``Saya tidak tahu tetapi beribu-ribu.''

``Jika kita buat kira-kira, ada 500,000 penduduk di bandar raya ini.

``Kami barang kali memindahkan 80 peratus selepas arahan pemindahan dikeluarkan,'' katanya.

Menurut beliau, sejumlah 50,000 hingga 60,000 lagi berlindung di kompleks sukan Superdome dan di pusat konvensyen New Orleans.

``Jadi barangkali ada 50,000 hingga 60,000 lagi di luar sana,'' kata Nagin.

``Awak buatlah kira-kira. Berapa pada fikiran awak? Lima peratus munasabah? Sepuluh peratus? 20 peratus? Besar angkanya nanti,'' katanya.

Pegawai berkata, kebanyakan mayat dalam keadaan reput selepas berhari-hari di dalam air untuk dikenal pasti dan kulit mayat itu pula sudah tertanggal.

Ujian DNA dan rekod pergigian diperlukan untuk mengenal pasti mayat berkenaan. - AFP

 

Sumber : Utusan Online

 

Minyak Kelapa Dara "BIOVCO" : http://www.maynetwork.net/biovco/

 

Berita diatas di ambil daripada berita terkini groups : http://groups.yahoo.com/group/berita_terkini/ untuk menjadi ahli hantar email ke : [EMAIL PROTECTED]

CEGAH SEBELUM TERLAMBAT, KESIHATAN ADALAH ASET PALING BERHARGA DIDALAM HIDUP MANUSIA,
INGAT SEBELUM KENA, BERINGAT SEBELUM SAKIT


Mengapa perlu menggunakan Minyak Kelapa Dara "BIOVCO" yang
100% ORGANIK?

 
 
Membantu mengurangkan berat badan dan mengekalkan berat badan yang ideal
 
Mengurangkan risiko serangan Jantung dan darah tinggi
Mengurangkan kadar Kolestrol
Mengawal kencing manis dan Anti oksida yang semulajadi
Tidak meningkatkan paras platelet dalam darah
Mencegah serangan penyakit kerana memiliki agen Anti virus, anti bakteria, anti fungus dan anti protozoa
Meningkatkan kadar metabolisma dan Pemangkin kelenjar thyroid
Membekal sumber tenaga yang pantas
Mengurangkan kesan kedutan kulit dan Melindungi kesan ultra violet matahari
Mengurangkan Kelimumur dan mengaktifkan pertumbuhan rambut
Tanpa bahan awet. Tanpa perasa tiruan. 100% Minyak Kelapa Dara
 
Fakta : Minyak Kelapa Dara telah mendapat pengakuan FDA di Amerika Syarikat dan dimasukkan didalam daftar GRAS (Generally Regarded As Safe) yang tidak diperolehi oleh minyak sayur-sayuran
DAPATKAN SEGERA HARI INI UNTUK KESIHATAN & MENCEGAH PENYAKIT kerana KOS rawatan yang
SEMAKIN MENINGKAT !!!
http://www.maynetwork.net/biovco/pembelian.html

Pembelian boleh dibuat dari Seluruh Dunia, Hanya isikan borang Pembelian & kaedah pembayaran akan dihantar melalui email (Caj penghantaran akan dikenakan untuk penghantaran diluar Malaysia)
 
JADI AHLI DAN PEROLEHI DISKAUN PEMBELIAN ISTIMEWA !!!!!
Sertai BIOVCO groups untuk info terkini mengenai Minyak Kelapa Dara BIOVCO

PENGEDAR DIKEHENDAKI DISELURUH MALAYSIA : http://www.maynetwork.net/biovco/rakaniaga.html
SENARAIKAN NAMA ANDA DIDALAM HALAMAN WEB & PELANGGAN AKAN MENGHUBUNGI ANDA !!!.
 
"Coconut oil is the healthiest oil on earth."
-Bruce Fife, N.D.

"Coconut oil is the healthiest oil you can use."
-Joseph Mercola, D.O.
 


YAHOO! GROUPS LINKS






--------------------

E-Mail sent using the Free Trial Version of WorldMerge, the fastest
and easiest way to send personalized e-mail messages. For more
information visit http://www.world-merge.com

198544

Kirim email ke