Debat antara agama Ahmed Deedat popular

UMAT Islam di seluruh dunia yang mengenali Ahmed Deedat semestinya terkejut 
apabila 

mendapat berita bahawa pendakwah terkenal dari Afrika Selatan itu meninggal 
dunia 

pada 8 Isnin lalu.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dapatkan SEGERA VCD debat antara Ahmed Deedat dengan Pastor SSjoberg di 
Stockholm
Swedent. HANYA RM12.00 untuk 3 keping CD. Maklumat lanjut sila rujuk di 
bahagian 
bawah
email ini.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Adalah tidak keterlaluan dikatakan bahawa dunia Islam kehilangan seorang 
pendakwah 

dalam bidang perbandingan agama. 

Sepanjang hayatnya selama 87 tahun, ramai bersetuju bahawa Ahmed adalah seorang 

yang amat komited dalam penyebaran dakwah Islam.

Justeru, pepatah yang mengatakan bahawa harimau mati meninggalkan belang, 
manusia 

mati meninggalkan nama boleh sahaja dikaitkan dengan Ahmed.

Hati manusia seperti Ahmed sebenarnya tidak pernah terpisah dengan dakwah dan 

penyebaran Islam.

Dalam satu berita yang disiarkan di IslamOnline.net kelmarin ada disebut bahawa 

kali terakhir Ahmed menyampaikan dakwahnya ialah semasa di Sydney, Australia 

pada tahun 1996.

Hanya selepas itu Ahmed mendapat penyakit kronik seterusnya menyebabkannya 
terbaring 

di atas katil untuk tempoh sembilan tahun sehingga ke detik akhir kematiannya.
Dakwah di Australia itu bagaimanapun dianggap oleh para ilmuwan Islam sebagai 

salah satu pengajaran agama paling bersemangat dan `menyentuh hati' berbanding 

dakwah-dakwah sebelum itu.

Walaupun telah meninggal dunia, semangat Ahmad sebagai seorang pendakwah harus 

diteladani.

Sekalipun dibebani masalah dan meniti kehidupan dengan penuh liku, semangatnya 

tidak pernah pudar dalam menyampaikan apa yang sepatutnya disampaikan kepada 

seluruh umat pelbagai agama.

Tetapi di sebalik `kepayahan' itu, beliau terus memberi ilham, mendidik dan 
menggalakkan 

orang ramai menerima mesej tentang Islam.

Semasa sakit, Ahmed dikatakan berkomunikasi dengan menggunakan isyarat mata.
Allahyarham dilahirkan pada 1 Julai 1918 di daerah Surat, India sebelum 
keluarganya 


berhijrah ke Afrika Selatan pada tahun 1927.

Hanya ketika di Afrika Selatan, Ahmed mencipta sesuatu untuk muncul sebagai 
seorang 

pendakwah agama Islam.

Sebuah institusi agama yang dibangunkan di negara Afrika bagi melatih pendakwah 

di Institut Assalaam di Braemar adalah cerminan usaha pertama beliau ke arah 

itu. 

Malahan Ahmed juga pengasas pertubuhan dakwah terbesar di dunia iaitu Pusat 
Penyebaran 

Islam Antarabangsa (IPCI).

Apabila diserang angin ahmar, Allahyarham bukan sahaja hidup dalam serba 
kepayahan 

tetapi lebih daripada itu, Ahmed kehilangan suara untuk bercakap, pemberian 
paling 

berharga yang digunakannya secara berkesan dalam menuangkan pandangan tentang 

Islam dan agama.

Tetapi dalam sejarahnya, Allahyarham dikenang sebagai seorang pendakwah yang 

sangat murah hati - mengedarkan lebih 20 juta naskhah buku tulisan sendiri dan 

kaset secara percuma untuk tujuan dakwah.

Bukan itu sahaja, jasanya dalam pendakwahan terus dihitung di seluruh dunia 
kerana 

karya-karyanya banyak diterjemahkan ke dalam bahasa Rusia, Urdu, Arab, Cina, 

Jepun, Melayu, Indonesia, Zulu, Belanda, Norway dan sebagainya.

Dan lebih membanggakan, di negara tempat tinggalnya iaitu Afrika Selatan, 
beratus-ratus 

orang memeluk Islam termasuk sejumlah besar mubaligh kerana tertarik dengan 
dakwah 

beliau.

Ahmed banyak terlibat dalam siri perdebatan mengenai agama semasa hayatnya.
Salah satu perdebatan Allahyarham yang terkenal bertajuk Was Christ Crucified? 

iaitu semasa beliau berhujah dengan Paderi Josh McDowell di Durban pada tahun 

1981.

Buku tulisannya berjumlah lebih 20 buah. Tetapi antara buku Allahyarham yang 

terkenal termasuklah The Choice - Between Islam and Christianity; Is the Bible 

Gods Word; Al-Quran the Miracle of Miracles dan What the Bible Says About 
Muhammad.
Buku yang menimbulkan kontroversi pula tentunya Al-Quran the Miracle of Miracle 

di mana Ahmed mengemukakan hujah bernas dan pandangan berani mengenai 
keistimewaan 

al-Quran.

Ramai orang Kristian yang berang tetapi banyak juga yang memeluk Islam kerana 

buku berkenaan.

Ekoran jasanya dan iltizam dalam berdakwah, Ahmed diberikan Anugerah 
Antarabangsa 

Raja Faisal pada tahun 1986.

Allahyarham adalah satu-satunya warga Afrika Selatan yang menerima anugerah 
berkenaan 

kerana tugas-tugasnya dalam menyebarkan dakwah Islam.

Dalam berdakwah, Ahmed sebenarnya tidak menerima pendidikan persekolahan secara 

rasmi tetapi belajar melalui pengalaman dan bersungguh-sungguh mencintai buku, 

terlibat dalam perbahasan, perbincangan dan sangat komited dalam mencapai apa 

yang menjadi matlamatnya.

Laporan televisyen satelit Al-Jazeera menyebut bahawa, karier Ahmed sebagai 
pendakwah 

membawa Allahyarham terlibat dalam siri dialog.

Antaranya ialah membabitkannya dengan ketua-ketua gereja Protestant di Amerika 

Syarikat dan mendiang Pope John Paul II.

Pada tahun 1980-an, nama Ahmed menjadi sebutan kerana Allahyarham terlibat 
dalam 

perdebatan dengan Paderi Jimmy Swaggart dan tidak dibenarkan memasuki Perancis 

serta Nigeria atas alasan pandangannya dibimbangi mencetuskan huru-hara.
Seorang rakan Ahmed dalam IPCI, Babu Jadwar dalam South African Independent 
Online 

menjelaskan kenapa Allahyarham menjadi kontroversi.

``Ahmed Deedat adalah reaksi kepada provokasi gereja di seluruh dunia ke atas 

Islam.

``Dari Amerika ke Indonesia, beliau diangkat sebagai individu yang banyak 
menyumbang 

dan berkorban demi Islam,'' kata Babu.

Di sebalik kontroversi berkenaan, pasti ulama-ulama Islam di seluruh dunia 
bersetuju 

dengan pandangan rakan Ahmed itu. - Agensi

Sember : Utusan Online
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dapatkan SEGERA VCD debat antara Ahmed Deedat dengan Pastor SSjoberg di 
Stockholm
Swedent. HANYA RM12.00 untuk 3 keping CD. Kepada mereka yang berminat sila buat 

bayaran melalui akaun : 

Maybank : 1140 5785 4953
BCB : 0510 0013 1385 27
Mohd Johari Bin Jasman

SMS Nama & alamat ke : 013-3014262 atau email ke : [EMAIL PROTECTED] 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Produk untuk Kesihatan : http://www.maynetwork.net/biovco/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

--------------------

E-Mail sent using the Free Trial Version of WorldMerge, the fastest
and easiest way to send personalized e-mail messages. For more
information visit http://www.world-merge.com

227450




------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
AIDS in India: A "lurking bomb." Click and help stop AIDS now.
http://us.click.yahoo.com/VpTY2A/lzNLAA/yQLSAA/IYOolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/iklan-mini/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke