Imuniti badan manusia kian kurang
Prof Dr Zaini Ujang

ANTIBIOTIK adalah sejenis bahan kimia yang terhasil menerusi mikro
organisma yang boleh mengehadkan pertumbuhan atau membunuh kuman. Ia
digunakan dengan meluas dalam bidang perubatan dan pertanian sebagai
ubat untuk membantu pertahanan sesuatu jasad melawan penyakit
berjangkit untuk manusia, tumbuhan dan haiwan.

Bagaimanapun, kebelakangan ini banyak syarikat pembuat ubat tidak
lagi mengeluarkan antibiotik baru, walaupun kebanyakan antibiotik
sedia ada tidak lagi mampu melawan pelbagai spesies kuman yang baru
muncul.

Satu kajian oleh Persatuan Penyakit Berjangkit Amerika Syarikat
menunjukkan jumlah antibiotik diluluskan Pentadbiran Makanan dan
Dadah Amerika (FDA) berkurangan 56 peratus dalam tempoh 20 tahun
dengan hanya enam antibiotik baru dipasarkan, termasuk dua pada
2003. Ini berlaku ketika pelbagai spesies kuman baru yang tahan
antibiotik ditemui semakin membiak di persekitaran air dan rantaian
makanan.

Ketika ini penyakit berjangkit, termasuk selesema burung adalah
penyebab kedua kematian di dunia. Namun syarikat pengeluar ubat
nampaknya tidak mempunyai inisiatif memajukan antibiotik baru bagi
menangani masalah ini.

Hal ini berlaku kerana sesuatu sebatian antibiotik itu perlu dikaji,
dimaju dan dikomersialkan dalam jangka masa panjang, antara 10
hingga 12 tahun dengan modal sehingga AS$800 juta (RM2.96 bilion).

Ketika ini tumpuan pembuatan ubat ialah bagi penyakit kronik seperti
darah tinggi, diabetis tahap 2, jantung atau radang sendi dengan
pasarannya lebih luas dan lumayan, khususnya di negara maju yang
ketika ini mempunyai peratus golongan tua tinggi. Ubat jenis ini
digunakan sepanjang hayat pesakit, berbanding antibiotik yang
digunakan dalam tempoh singkat antara tiga hari hingga dua minggu.

Selain itu, kuman yang menjadi sasaran antibiotik pula sudah
membentuk ketahanan badan (imuniti) yang tinggi untuk melawan
antibiotik. Ia berlaku kerana dua sebab iaitu penggunaan antibiotik
yang semakin meluas termasuk kepada penyakit lumrah sehingga kuman
membentuk ketahanan yang tinggi dan pencemaran alam sekitar yang
semakin rumit.

Di kebanyakan negara maju, khususnya di Britain, doktor tidak
mencadangkan pengambilan antibiotik kepada pesakit yang menghidap
demam selesema atau sakit kerongkong serta penyakit lumrah
seumpamanya.

Jika hal ini dilakukan dengan meluas, maka ketahanan badan pesakit
tidak dapat diperkuatkan dan akhirnya tidak lagi mampu melawan
penyakit lumrah. Di samping itu, penggunaan sedemikian juga
memperkuatkan lagi imuniti jenis kuman itu untuk melawan antibiotik
digunakan. Akibatnya banyak penyakit lumrah tidak lagi dapat diubati
menggunakan antibiotik yang ada di pasaran ketika ini.

Selain itu, pencemaran alam sekitar juga menyumbang kepada
penghasilan pelbagai spesies kuman baru yang tahan antibiotik. Bahan
cemar baru dikeluarkan menerusi penghasilan pelbagai produk pengguna
seperti syampu, sabun, pewarna dan cat, bahan cuci pembunuh kuman,
malah permainan kanak-kanak.

Menerusi pelbagai iklan, kita disogokkan dengan fakta bahawa kanak-
kanak gembira dan `selamat' bermain di atas lantai yang dibasuh
dengan pencuci pembunuh kuman menggunakan permainan yang `boleh
digigit dan dikunyah'. Tetapi kenyataannya, kanak-kanak itu terdedah
kepada bahan kimia yang mengurangkan ketahanan badannya melawan
kuman yang menyebabkan penyakit berjangkit.

Bahan antibakteria yang meluas digunakan di rumah ialah sejenis
bahan kimia dikenali sebagai triclosan. Ia berfungsi terhadap enzim
yang terbabit dalam pembentukan dinding sel sesuatu bakteria. Dengan
kata lain, antibakteria dan antibiotik berfungsi dengan cara sama
dan kedua-duanya boleh membentuk kuman generasi baru yang mempunyai
ketahanan atau imuniti tinggi.

Ketika ini, banyak kajian dilakukan di Malaysia dan luar negara
terhadap kewujudan pelbagai jenis mutan ( spesies baru yang terhasil
akibat pengubahsuaian genetik) yang tahan triclosan daripada spesies
kuman biasa seperti Escherichia coli dan Staplylococcus aureus.


Saintis membuat ramalan bahawa mutan ini akan mewujudkan pelbagai
penyakit baru yang sukar untuk disembuhkan kerana ketahanan badan
manusia semakin berkurangan dan ketiadaan antibiotik yang sesuai
untuk menyembuhkan penyakit itu.

Dalam keadaan ini, saya mencadangkan isu penggunaan antibiotik ini
dikaji dengan segera, khususnya di kalangan pengamal perubatan
swasta yang nampaknya begitu bermurah hati membekalkan pesakit
dengan pelbagai antibiotik walaupun hanya demam selesema dan batuk.
Garis panduan lebih ketat mengenai penggunaan antibiotik juga perlu
dilaksanakan.

Selain itu, sistem rawatan kumbahan juga perlu dipertingkatkan untuk
membolehkan pelbagai bahan cemar baru disingkirkan. Kajian dilakukan
di Jepun dan Jerman menunjukkan teknologi rawatan kumbahan yang
konvensional (penyingkiran bahan organik dan nutrien) tidak berupaya
menyingkirkan bahan cemar baru, khususnya yang memberi kesan kepada
keseimbangan endokrin dalam tubuh manusia (EDC). Hal sama perlu
dilakukan kepada teknologi rawatan air minuman yang ketika ini
menggunakan air mentah semakin tercemar.

Pencemaran itu tidak saja menerusi pelbagai aktiviti pertanian dan
perindustrian di hulu kawasan tadahan, malah perumahan di mana
pelbagai bahan cemar terkandung bahan pencuci, sabun, cat dan
sebagainya masuk ke dalam ekosistem air menerusi sistem kumbahan dan
longkang.

Mungkin itulah juga sebabnya pelbagai ubat, ramuan dan suplimen
menjadi keperluan harian masyarakat moden ketika ini, termasuk di
Barat. Ia semakin menjadi kebiasaan dan tidak hairan pasarannya di
Malaysia saja melebihi RM1 bilion setahun.

Ada yang bersifat tradisional seperti minyak kelapa dara, tongkat
ali, kacip fatimah dan gamat, malah banyak juga dikomersialkan
menerusi ramuan moden seperti dalam bentuk pil multi-vitamin,
makanan tambahan dan minuman kesihatan. Semua bertujuan menguatkan
ketahanan badan melawan penyakit yang terhasil
menerusi `kecanggihan' produk zaman moden.

Petikan daripada : Berita Harian Online

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Minyak Kelapa Dara memiliki sifat antimikrob, antivirus dan
antibakteria penyebab penyakit. Disamping dapat meningkatkan kadar
metabolisma ia juga dapat meningkatkan sistem imun tubuh secara
semulajadi. Ia berdasarkan kajian yang di buat oleh IPTA awam
tempatan selama 8 tahun. Diproses melalui kaedah Bioteknologi tanpa
haba, bahan kimia atau bahan pengawet. 100% organik dan memperolehi
pengiktirafan daripada FDA di AS sebagai makanan yang selamat untuk
dimakan. Minyak Kelapa Dara tidak boleh dipatenkan oleh mana-mana pihak.
Di AS dan UK telah dijual kepada pengguna lebih daripada 20 tahun.

Jika anda sering mengalami demam, selesema, batuk yang berpanjangan,
resdung, rasa tidak bermaya dan letih, ia adalah tanda-tanda awal
bahawa sistem imun badan anda kian berkurangan.

BERTINDAK SEKARANG !!! Sebelum bakteria dan virus penyebab penyakit
didalam tubuh anda menjadi lebih kuat dari sistem imun tubuh itu
sendiri. Hanya amalkan sekurang-kurangnya dua sudu pagi sebelum
sarapan setiap hari dan ia dapat mencegah diri anda dari serangan
virus dan bakteria penyebab penyakit dalam jangka panjang.

Produk Minyak Kelapa Dara BIOVCO adalah 100% produk Malaysia
Dimiliki 100% dan dihasilkan oleh orang Islam

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

TAWARAN HARGA ISTIMEWA !!!
<<< KOS PENGHANTARAN PERCUMA menggunakan POS LAJU >>>

HANYA RM100.00 Semenanjung / RM120.00 Sabah dan Sarawak
120ml X 4 BOTOL

UNTUK MEMBUAT PEMBELIAN SILA BUAT BAYARAN MELALUI SALAH SATU AKAUN
BANK BERIKUT :

Pemegang Akaun : Mohd Johari Bin Jasman

Maybank : 1140 5785 4953
BCB : 0510 0013 1385 27
Bank Islam : 0501 2020 3627 26.
RHB Bank : 1 05042 0018061 2
Public Bank : 4822 8652 16

Bayaran boleh dibuat menggunakan Perbankan Internet, Cash Deposit
Machine, Tranfer akaun melalui ATM atau di Kaunter Bank dan hantar
bukti transaksi pembayaran melalui :

1. Email : [EMAIL PROTECTED] dan [EMAIL PROTECTED] atau
2. Telefon atau SMS ke 013-3014262 atau
3. FAX ke : 06-679 2043

Sila berikan maklumat berikut untuk penghantaran :

Nama :
Alamat :
Poskod :
Produk Kod :
Kuantiti :
Jumlah bayaran :
Bank Pembayar :
Tarikh & masa pembayaran :

Pembayaran dan maklumat yang disahkan untuk penghantaran yang
diterima sebelum pukul 2 petang akan dihantar pada hari yang sama.
Manakala yang diterima selepas itu akan dihantar keesokan harinya.

Terima Kasih

"KESIHATAN BERKEKALAN MELALUI ALAM"

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Maklumat lanjut : http://www.maynetwork.net/biovco/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

--------------------

E-Mail sent using the Free Trial Version of WorldMerge, the fastest
and easiest way to send personalized e-mail messages. For more
information visit http://www.world-merge.com

451771



------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/IYOolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/iklan-mini/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke