Berita Terkini : Sorotan 2005 - Osama terus jadi igauan rakyat AS
Oleh Halmi Samad

MEDIA di Amerika Syarikat baru-baru ini memilih Taufan Katrina
sebagai ibu segala berita bagi 2005. Namun, realiti jelas
menunjukkan Iraq dan Afghanistan adalah jaguh segala berita dunia
bagi sepanjang 2005. Hampir setiap hari ada saja berita mengenai
Iraq dan Afghanistan disiarkan pelbagai agensi berita termasuk
Reuters, Agence France Press (AFP) serta The Associated Press (AP).

http://www.maynetwork.net/colostrum/
http://www.maynetwork.net/biovco/

Persamaan ketara membabitkan berita dari Iraq dan Afghanistan
hanyalah satu iaitu maut. Kecuali berita mengenai cadangan
pengunduran lebih 7,000 tentera Amerika, perbicaraan bekas presiden
Saddam Hussein, pengakuan AS mengenai penggunaan White Phosporus
(WP) di Fallujah dan pilihan raya umum pada Januari serta 15
Disember lalu, Iraq kini sudah boleh dianggap negara lubang maut.

Ketika ini, saban hari, kebanyakan media di seluruh dunia
dihidangkan dengan berita kematian sama ada membabitkan tentera
Amerika, penduduk Syiah, Arab Sunnah, etnik Kurdis atau kontraktor
Barat yang bekerja untuk Tentera Bersekutu.

Tidak hairanlah kalau ramai penduduk Amerika tidak yakin presiden
George W Bush sebenarnya di ambang kemenangan dalam Perang Iraq.
Mereka percaya Bush tersilap mencatur strategi selepas menjajah Iraq
pada Mac 2003 sekali gus menamatkan zaman pemerintahan Saddam yang
didakwa mengamalkan sistem kuku besi.

Begitu juga dengan nasib Afghanistan. Bumi yang pernah cuba dikuasai
kuasa besar Soviet Union itu diceroboh oleh Tentera Bersekutu
diketuai Amerika kononnya bagi membebaskan rakyat Afghanistan
daripada belenggu Taliban dan pemimpin al-Qaeda, Osama bin Laden.
Malangnya, sehingga kini, Presiden Hamid Karzai masih belum dapat
menghapuskan tanggapan sesetengah pihak bahawa beliau tidak ubah
seperti patung boneka yang digerakkan daripada Rumah Putih. Cuma
sekali Karzai menunjukkan belangnya apabila berlaku rusuhan besar-
besaran di beberapa bandar di negara itu termasuk Kabul kerana
penduduk Afghanistan membantah tindakan tentera penyiasat Amerika
mencampakkan al-Quran ke dalam tandas ketika menyiasat tahanan di
penjara Teluk Guantanamo di Cuba.

Malah, sehingga kini, Amerika sendiri tidak dapat memastikan sama
ada Osama yang dikatakan bersembunyi di sempadan kawasan pergunungan
Afghanistan-Pakistan, masih hidup atau tidak. Sebaliknya, dunia baru-
baru ini digemparkan dengan berita anak saudara Osama, Wafah Dafour
yang mengaku dia tidak lagi mahu dikaitkan dengan bapa saudaranya
itu.

Namun, apa yang pasti Osama akan tetap dan terus menjadi igauan
serta `duri dalam daging' buat Amerika yang jelas tidak memiliki
cara ampuh untuk menangani isu pemimpin al-Qaeda itu. Sehingga kini,
tawaran bernilai AS$25 juta (RM95 juta) jika Osama dan pemimpin
nombor dua al-Qaeda, Ayman al-Zawahri berjaya ditahan hidup-hidup,
masih sah.

Begitupun, keraguan Amerika berakhir November lalu apabila al-
Zawahri membuat pengumuman kepada seluruh dunia betapa rakyat Arab
Saudi itu masih hidup dan terus menjunjung perjuangan untuk
mencemarkan reputasi Amerika di seluruh dunia.

Bagaimanapun, apakah kejayaan Amerika dan konco-konconya di Iraq dan
Afghanistan sehingga kini? Amerika mungkin mendabik dada merekalah
yang memulihkan demokrasi di dua negara itu. Sebagaimana di Iraq
(hampir 15 juta menyertai pilihan raya umum pada Januari lalu dan
jumlah yang sama keluar menyertai referendum Perlembagaan baru),
Afghanistan juga akhirnya berjaya mengadakan pilihan raya bebas dan
bersih buat kali pertama sejak berdekad lamanya.

Afghanistan akhirnya berjaya mengadakan sesi sidang Parlimen buat
kali pertama sejak 30 tahun pada 18 Disember lalu. Kabul riuh dengan
dentuman senjata yang dihalakan ke udara sebagai tanda gembira
meraikan pembukaan sidang Parlimen.

Tetapi adakah itu kejayaan buat Afghanistan sedangkan hampir setiap
hari ada saja manusia yang terkorban? Adakah Amerika mengukur
kejayaan dengan membilang jumlah manusia yang terkorban pada setiap
hari?

Apa yang jelas, Amerika sudah pun menukarkan pendirian di Iraq.
Kalau selama ini, Pentagon berlagak sombong enggan melakukan kiraan
harian bagi tentera yang terkorban di Iraq, tembok keegoan itu
akhirnya roboh apabila ada saja anggota tenteranya terkorban sama
ada diserang hendap atau maut dalam medan pertempuran terbuka.

Sumber : Berita Harian Online

http://www.maynetwork.net/colostrum/
http://www.maynetwork.net/biovco/
  

------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/IYOolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/iklan-mini/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke