Berita Terkini : Saddam lebih rela ditembak mati daripada digantung WASHINGTON: Bekas presiden Iraq Saddam Hussein lebih rela mati ditembak pasukan penembak daripada menjalani hukuman gantung, jika didapati bersalah kerana melakukan jenayah perang.
http://www.maynetwork.net/ Akhbar The Washington Times melaporkan semalam, bekas pemimpin negara Teluk itu memaklumkan hasratnya itu kepada dua peguam belanya, baru-baru ini. "Saya bukannya terlalu mengagungkan nyawa ini. Semua orang harus pergi apabila tiba masanya," kata Saddam yang dipetik salah seorang peguam belanya, Issam Ghazzawi. Katanya, Saddam memberitahunya ketika mereka bertemu di tingkat bawah bangunan mahkamah Baghdad ketika perbicaraannya ditangguhkan, 7 Disember lalu. Ghazzawi berkata, dia dan bekas Peguam Negara Amerika Syarikat Ramsey Clark membangkitkan kemungkinan Saddam dihukum mati jika sabit kesalahan. "Saya adalah ketua komander. Sudah pasti saya lebih rela mati di tangan skuad penembak," tegas Saddam yang turut menyifatkan cara itu paling tepat buat mereka yang pernah bergelar pemimpin tentera. Saddam yang juga panglima tentera Iraq sebelum kerajaannya digulingkan pasukan penjajah diketuai AS pada 2003, sedang dibicarakan kerana terbabit mengarahkan pembunuhan 140 orang pada 1982. Beliau bagaimanapun sudah berulang kali mengakui tidak bersalah, tetapi tidak sebegitu yakin mengenai masa depannya. "Memang saya tidak bersalah. Tetapi mereka yang mahukan saya mati. Mereka silap. Mengugut saya dengan ancaman mati tidak membawa sebarang makna. Saya pun tidak kisah. Nyawa seorang rakyat Iraq pun sebenarnya tiada kurang nilainya dengan nyawa saya," kata Saddam. Malah dalam pertemuan lima jam dengan Ghazzawi dan Clark, Saddam turut memuji keberanian kumpulan penentang yang disifatkannya berjaya menghalang AS menubuhkan satu dunia baru di bumi Iraq. AFP "AS cuba melakukannya di Iraq tetapi gagal teruk. Oleh itu, tindakan bangkit menentang Presiden George W Bush sebenarnya meletakkan kami melindungi negara lain dan dunia. AS kini terpaksa berfikir beribu- ribu kali sebelum berani menyerang negara lain," katanya. Bekas presiden Iraq itu turut meramalkan penjajahan AS di Iraq tidak bertahan lama. "Mereka silap. Rakyat Iraq adalah penduduk yang patriotik dan tidak sekali-kali menerima pemerintahan asing. Mereka sanggup berjuang sehingga ke akhir nyawa. Nampaknya, AS dan sekutunya terpaksa berundur dari Iraq. Malah, boneka mereka semuanya akan berundur sebelum AS lagi." Perbicaraan terhadap Saddam dijadual disambung 24 Januari ini selepas diadakan pada 21 dan 22 Disember lalu. - AFP Untuk berita terkini melalui email sila daftar dengan menghantar email ke : [EMAIL PROTECTED] atau lawat ke : http://groups.yahoo.com/group/berita_terkini/ http://www.maynetwork.net/ Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/iklan-mini/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
