Teheran balas ancaman Tel Aviv

TEHERAN: Iran semalam membalas ancaman Israel untuk menyerang negara 
itu dengan menegaskan Teheran dan sekutunya mampu meletakkan negara 
Yahudi itu "lumpuh dan koma" seperti Perdana Menterinya, Ariel 
Sharon.

"Israel tidak memiliki kekuatan menyerang Iran. Jika ia melakukan 
kesilapan besar itu, barisan pembela dan pejuang Iran boleh 
menjadikannya koma seperti Sharon," tegas Menteri Pertahanan Iran 
Mostafa Mohammad Najjar.

Beliau turut menyamakan Amerika Syarikat dan Israel sebagai `Syaitan 
Besar dan Kecil' yang menggunakan perang psikologi bagi mencetuskan 
kemarahan Iran. AS sememangnya dicop syaitan Besar sejak Iran 
melancarkan Revolusi Islam pada 1979.

Dua negara sekutu itu adalah antara pihak yang menuduh Teheran 
menggunakan program tenaga nuklearnya bagi melindungi program 
pembangunan senjata nuklear.

Washington turut berjuang memastikan Iran dihadapkan ke Majlis 
Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu kerana tindakannya itu.

Sebaliknya Iran yang juga anggota Perjanjian Kawalan Senjata Nuklear 
(NPT) menegaskan, program nuklearnya adalah sah di bawah NPT kerana 
bertujuan mengatasi keperluan tenaga.

Sabtu lalu, Menteri Pertahanan Israel Shaul Mofaz berkata, Tel Aviv 
yang dipercayai ramai memiliki senjata nuklear, tidak teragak-agak 
bertindak ke atas Teheran biarpun masih berpegang kepada usaha 
diplomasi bagi meleraikan isu itu.

Israel dan Iran sememangnya musuh tradisi dan Teheran sendiri enggan 
mengakui kewujudan Israel. Ketegangan dua negara itu semakin ketara 
berikutan serangan mulut Presiden Mahmoud Ahamadinejad, termasuk 
menggesa Israel dilenyapkan dari peta dunia. – AFP

Perolehi Berita Terkini setiap hari melalui email secara PERCUMA, daftar online 
: http://groups.yahoo.com/group/berita_terkini/

atau daftar melalui email : [EMAIL PROTECTED]  

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/iklan-mini/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke