Gout penyakit kuno boleh menyerang bila-bila masa
Oleh Hafizah Iszahanid

GOUT atau dirujuk sebagai "ancient disease" dan sudah diketahui
kewujudannya sejak 1800. Kadar pesakit gout dianggarkan satu dalam
100 orang.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Minyak Kelapa Dara 'BIOVCO': http://www.maynetwork.net/biovco/
Harga RM30.00 (120ml) Semenanjung / RM35.00 Sabah & Sarawak
KOS PENGHANTARAN PERCUMA (Menggunakan Pos Laju)

Maklumat harga, pembelian dan pembayaran : [EMAIL PROTECTED]
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Meskipun gout seringnya dikaitkan dengan lelaki, tetapi perempuan
juga terutama yang sudah putus haid berhadapan dengan masalah ini.

Ia membabitkan serangan serta-merta yang bukan saja menyebabkan
kesakitan tetapi turut membengkak dan rasa panas di sendi. Selalunya
ia membabitkan jari kaki yang besar tetapi juga ia boleh memberi
kesan pada tumit, lutut, tapak kaki, buku lali dan jari kaki.

Gout terjadi kerana terhasilnya asid uric secara berlebihan. Asid
uric terbentuk semula jadi dalam darah sebagai hasil pecahan
produksi pelbagai proses kimia. Tetapi apabila buah pinggang tidak
dapat membuang asid uric atau tubuh menghasilkan asid uric yang
berlebihan ia akan terkumpul di sendi yang kemudiannya membuatkan ia
membengkak. Tetapi ingat, gout mungkin terjadi sebagai tanda
komplikasi penyakit yang lain juga.

Terkenal sebagai penyakit yang diwarisi, gout juga boleh disebabkan
pengamalan gaya hidup yang kurang sihat seperti pengambilan minuman
beralkohol yang berlebihan. Malahan ada sesetengah ubat-ubatan dan
makanan merangsang peningkatan asid uric seperti makanan laut,
kacang, roti manis dan ikan bilis.

GOUT bermula dengan sendi kaki (seperti ibu jari) yang menyebabkan
rasa sakit, membengkak dan merah selain rasa kaku dan panas.
Menyentuh atau bergerak akan menjadikannya sangat sakit. Simptom
gout boleh terjadi dalam masa yang pantas (sehari) dengan serangan
pertama biasanya terjadi waktu malam. Gout hanya menyerang sekali
saja bagi sesetengah orang tetapi ia akan menyerang lagi beberapa
bulan berikutnya.

Jangan biarkan ia tidak dirawat kerana kemungkinan untuk terjadinya
kerosakan sendi dan ketidakupayaan untuk bergerak boleh terjadi.

Gout biasanya mudah dikesan menerusi pemeriksaan biasa. Biasanya
doktor akan mengambil contoh cairan sendi dan cuba mengesan
kehadiran kristal asid uric. Selain itu ujian darah juga dibuat
untuk memastikan tahap asid uric dalam tubuh.

Walaupun bunyinya agak menakutkan gout sebenarnya boleh dikawal
dengan mengubah gaya hidup. Kurangkan minuman beralkohol, hadkan
pengambilan daging merah atau ikan yang tinggi purine dan kawal
berat badan anda. Selain itu gout boleh dikawal dengan ubat-ubatan

Ada dua kategori ubat iaitu ubat-ubatan yang diberi ketika masih
diserang gout dan ubat-ubatan untuk rawatan jangka panjang. Ubat
seperti non steroidal anti-inflammatory drug (NSAID), colchicine dan
cortisteroids diberikan semasa serangan terjadi. Ia akan mengawal
bengkak dan kesakitan.

Rawatan jangka panjang pula membabitkan ubat-ubatan untuk mengawal
tahap asid uric dalam darah dengan menyekat penghasilannya. Harus
anda ketahui ubatan jenis ini membabitkan disiplin anda, sebaik ubat-
ubatan seperti ini dihentikan, tahap asid uric akan kembali
meningkat.

Antara makanan yang harus dielakkan:


Makanan laut; ikan, kerang, sardin dan ikan bilis

Sayur-sayuran seperti asparagus, bunga kobis dan bayam

Organ dalaman haiwan seperti paru, hati dan jantung

Daging merah

Cendawan

Yis (roti putih, roti manis)

FAKTA: Golongan berisiko


Mereka yang berusia 40 ke 50 tahun terdedah kepada gout tetapi gout
juga boleh terjadi di kalangan mereka yang lebih muda.

Memiliki sejarah keluarga yang berhadapan dengan gout

Mereka yang mengamalkan gaya pemakanan yang tidak sihat

Wanita putus haid

Obesiti, diabetes dan hyperlipidemia atau mereka yang mengalami
tekanan

Penyakit gout disebabkan oleh masalah untuk menyikirkan asid urik
berlebihan dalam badan. Metabolisma asid urik tidak dapat dilakukan
dengan betul dan menyebabkan akumulasai/pengumpulan asid urik pada
salur darah dan sendi. Komplikasi gout adalah gouty atritis dan
boleh menyebabkan destruksi/kerosakan sendi dan deposisi urate pada
kulit dan rawan. Asid urik berlebihan pada sendi adalah dalam bentuk
kristal. Sebab itulah pesakit atritis akan mengalamai pembengkakan
pada sendi terutamanya sendi jari dan kaki.

Minyak Kelapa Dara (VCO) boleh membantu masalah gout kerana ia boleh
mempunyai keupayaan untuk proses detoksifikasi. Proses ini adalah
proses pembuangan bahan yang tidak diperlukan oleh badan (hazard).
Maka asid urik yang berlebihan pada sendi dapat disingkirkan.

Antara kesan permulaan penggunaan Minyak Kelapa Dara (VCO) bagi
pesakit gout adalah mereka mungkin mengalami sakit yang pada kawasan
sendi. Walau bagaimanapun pengguna dinasihatkan terus menggunakan
Minyak Kelapa Dara (VCO) kerana kesan ini adalah untuk sementara
waktu sahaja. InsyaAllah kesannya akan dapat dilihat selepas sebulan
memakan Minyak Kelapa Dara (VCO). Walau bagaimanapun kesan Minyak
Kelapa Dara (VCO) adalah bergantung kepada tahap kesihatan dan kadar
metabolisma badan individu.

Bagi pesakit gout cara penggunaan yang dicadangkan adalah 1-2 sudu
besar sehari. Amalkan memakan Minyak Kelapa Dara (VCO) sebelum
sarapan dan makan tengah hari.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Testimoni pengguna : http://www.maynetwork.net/biovco/testimoni1.html

SAKIT TULANG BELAKANG & SENDI LUTUT

Saya seorang surirumah, berumur 57 tahun. Saya mempunyai masalah sakit-sakit 
dibahagian tulang belakang dan juga sakit dibahagian lutut. Kebiasaannya 
kesakitan itu akan dirasai setelah saya membuat kerja-kerja rumah dan 
membersihkan halaman rumah.

Saya juga tidak dapat untuk berdiri terlalu lama kerana kesakitan dan 
sengal-sengal otot. Lebih-lebih lagi saya rasa tidak selesa dan tidak dapat 
tidur lena diwaktu malam. Kadang-kala saya meminta anak-anak saya mengurut 
bahagian belakang dan bahagian lutut.

Alhamdulillah setelah setahun saya mengalami kesakitan sendi, akhirnya kini 
saya dapat bergerak cergas kembali kerana dengan adanya minyak penyembuhan 
iaitu Minyak Kelapa Dara yang bukan sahaja dirumus khas untuk makanan tambahan 
bagi kesihatan malah juga sesuai dijadikan sebagai minyak urut..

Pn. Halifah Hj Murad (Surirumah)
57 Tahun
Jempol N. Sembilan

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Untuk membuat pembelian online :
http://www.maynetwork.net/biovco/pembelian.html

atau hantar email ke [EMAIL PROTECTED] untuk maklumat pembelian 
produk & pembayaran.

atau dapatkan melalui pengedar berhampiran :
http://www.maynetwork.net/biovco/pengedar.html

atau perolehi diskaun ISTIMEWA dengan menjadi ahli biovco groups. 
Daftar online : http://health.groups.yahoo.com/group/biovco/

atau melalui email : [EMAIL PROTECTED]  

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/iklan-mini/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke