Dunia bimbang kemarahan umat Islam - 4 penunjuk perasaan di Afghanistan terbunuh

http://www.maynetwork.net

KABUL 8 Feb. - Tunjuk perasaan masyarakat Islam di Afghanistan 
terhadap tindakan penyiaran karikatur menghina Nabi Muhammad 
bertambah buruk hari ini apabila empat penunjuk perasaan ditembak 
mati oleh polis ketika mereka sedang berarak ke arah sebuah 
pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS).

Ketua polis wilayah, Ghulam Nabi Malakhail berkata, 11 lagi penunjuk 
perasaan turut cedera akibat terkena tembakan.

Katanya, lapan anggota polis berserta seorang askar kerajaan turut 
cedera selepas dilontar batu oleh penunjuk perasaan.

Menurut Ghulam, polis yang pada mulanya melepaskan tembakan ke udara 
kemudian terpaksa menembak ke arah penunjuk perasaan selepas mereka 
bertindak ganas dengan memanjat dinding sebuah pangkalan tentera AS 
dan membakar tiga buah tangki minyak.

Seramai 11 orang terbunuh selepas ribuan penduduk tempatan 
mengadakan tunjuk perasaan di beberapa buah bandar dan pekan di 
Afghanistan sepanjang minggu lalu.

Sementara itu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Kesatuan 
Eropah (EU) dan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) semalam 
menyatakan rasa bimbang berikutan kemarahan umat Islam di seluruh 
dunia.

``Begitu juga dengan perbuatan menerbitkan semula karikatur Nabi 
Muhammad oleh beberapa akhbar di Eropah dan tindakan ganas tersebut 
daripada penerbitan itu,'' menurut para perwakilan tiga pertubuhan 
itu dalam kenyataan bersama.

Kenyataan itu ditandatangani oleh Setiausaha Agung PBB, Kofi Annan; 
Ketua Dasar Luar EU, Javier Solana dan Setiausaha Agung OIC, 
Ekmeleddin Ihsanoglu.

``Kami menyokong sepenuhnya kebebasan bersuara, tetapi kami memahami 
luka yang dalam dan menyeluruh di kalangan dunia Islam.

``Kami juga merayu kepada mereka untuk bersikap tenang dalam 
semangat persahabatan dan menghormati,'' tambah kenyataan itu.

Sementara itu negara-negara Barat menunjukkan sikap bermusuh mereka 
yang sebenar dalam kontroversi ini apabila saling menyatakan 
sokongan dan perpaduan kepada Denmark.

Di Washington, Presiden George W. Bush semalam memberi jaminan 
kepada Perdana Menteri Denmark, Anders Fogh Rasmussen mengenai 
sokongan dan perpaduan terhadap keganasan yang tercetus akibat 
penerbitan kartun yang menghina Nabi Muhammad.

Tindakan Bush itu merupakan susulan kepada pendirian Perdana Menteri 
Britain, Tony Blair dan Presiden Perancis, Jacques Chirac yang 
memberikan sokongan kepada Copenhagen selepas beberapa kedutaan 
Denmark diserang oleh para penunjuk perasaan.

Presiden Rusia, Vladimir Putin pula telah mengecam tindakan 
provokatif tersebut dan meminta para pengarang ``berfikir 100 kali'' 
sebelum menerbitkan gambar seperti itu.

``Saya berpendapat sebarang provokasi dalam keadaan seperti ini 
tidak boleh diterima. Sebelum menerbitkan sesuatu, melakukan sesuatu 
atau melukis, anda perlu berfikir 100 kali,'' katanya. - AFP

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Perolehi info & berita terkini terus melalui email dari masa kesemasa secara 
PERCUMA.
Daftar online : http://groups.yahoo.com/group/berita_terkini/

atau melalui email : [EMAIL PROTECTED]

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Diskaun ISTIMEWA & e-Buku PERCUMA !!!. Daftar online : 
http://health.groups.yahoo.com/group/biovco/

atau email : [EMAIL PROTECTED]

Peluang Perniagaan : http://www.maynetwork.net/biovco/rakaniaga.html  

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/iklan-mini/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke