>From   chilo karzogs <[EMAIL PROTECTED]>  
Sent  Thursday, February 16, 2006 11:05 am 
Subject  ..teknik curi telefon bimbit terbaru... 

..:: Cara baru curi handphone - Akulah mangsanya ::..
Posted on: Feb 02, 2006 - 04:53 PM by kasih_zaleha

http://www.maynetwork.net

Asslamualaikum wahai semua sahabat-sahabatku yang berada di mana saja berada. 
Cerita ni, berdasarkan pengalaman aku hilang handphone, dengan car a terhormat 
sekali. Pelik bunyinya kan? Cadangnya malas nak beritau, tapi kawan2 aku 
termasuk famili aku beria2 suruh aku beritau kat semua orang,

kalau buleh satu Malaysia. Ni semua untuk kawan-kawan agar berhati-hati bila 
orang nak mengenali anda..

Al-kisahnya..pada hari rabu(4 Jan 2006), aku baru balik keje dari Sepang ke 
Shah Alam. Tapi kawan sekerja aku memang hari-hari turunkan aku kat Kompleks 
PKNS. Dan dari situ, memang ayah aku akan ambil untuk pulang ke rumah. Ntah 
kenape hari tu, ayah aku lambat pulak datang ambil aku. Pastu aku pun 
keluarkanlah handphone nokia 6600, sebab nak telefon ayah aku. Tiba-tiba datang 
seorang perempuan yang tubuhnya gempal, berkulit hitam manis dan tidak 
bertudung duduk di sebelah aku dan menegur aku. Aku pun layan macam biasa.

Dia tanya nama aku, tinggal kat mana dan macam-macam lagi. Aku pun tanya nama 
dia, katanya Diana, tinggal kat Seksyen yang aku duduk, kerja kat Kelana 
Jaya(Pejabat Peguam..Kononla tuuu). Nak dijadikan cerita, dia tanya aku kenapa 
tak naik bas je pulang ke rumah? Kenapa nak tunggu ayah ambil?

So, aku jawab..dah alang-alang ayah aku nak balik, dia ambil aku sekali. Aku 
pun tanya dia juge, kenapa tak balik naik bas? Dia kata, dia orang baru kat 
shah alam ni. Mak sedara dia yang selalu ambil dia..sebab takut kalau-kalau 
orang yang tak dipercayai perdaya dia. (Eeiiiii Geramnyaaaa).. 

Dia kata kat aku, boleh tak esok, ajarkan dia naik bas. Sememangnya..kalau ayah 
aku tak dapat ambil, aku memang naik bas. Jadi, aku kata bolehlah ape salahnya. 
Niat
aku ikhlas nak tolong. Tapi yang peliknya, dia berkali-kali kata..esok jgn 
suruh ayah aku datang ambil aku. Aku pun tak kisahlah.. Sebelum balik, sempat 
juga dia mintak no telefon aku(tapi dia tulis atas kertas..katanya handphone 
dia rosak) Aku pun mintak no telefon dia, tapi aku save terus dalam handphone.

Keesokkan harinya..Khamis(4 Jan 2006). DIa setia menunggu aku kat depan 
Kompleks PKNS Shah Alam, walaupun sejam menunggu aku. Dia pun menyambut aku 
dengan senyum(tapi membuat aku nak muntah bila teringat semula). Sebelum nak 
balik(naik bas), dia ajak aku minum kejap kat Mc'Donald (kat tingkat satu). 
Katanya kawannya nak join sekali nak kenal dengan aku. tapi kawan dia tak 
sampai lagi. Aku dan budak gempal ni pun makan la kat Mc'Donald(dia belanja). 
Dalam 20 minit berborak, dia minta izin kat aku untuk taipkan msg kat kawan dia 
yang tak sampai-sampai tu. Dia suruh aku taip"TOLONG CALL
DIANA BALIK" . 

Yelah handphone dia kan rosak.....Dalam beberapa saat, kawan dia call hp aku. 
Dan semestinya aku beri hp aku kat dia tu. Dia pun beriya-iya la mengatakan kat 
kawan dia, yg dia ada kat Mc'Donald. Dia kata kawannya tak tau kitorang ni kat 
mana. Dia kasi hp kat aku balik. Baru aku nak simpan hp aku, kawan dia call 
balik. Aku pun kasi la balik hp aku kat dia. Ntah macam mana, sambil dia 
bercakap kat dalam hp..dia pun terus bangun macam tergesa-gesa nak turun ke 
bawah. Dia kata, kawannya ada kat sekeliling Kompleks dan tak tau kat mana 
Mc'Donald. 

Jadi, sambil online, dia kata kat aku ' tunggu kejap yea, kawan saya dah sampai 
tapi tak tau kita kat mana sekarang. Saya nak amik dia kejap..Awak tolong 
tengokkan beg saya ya.' Dia
pun berlalu sambil bercakap dengan kawan dia kat dalam hp. 5 minit lebih juga 
aku tunggu. Aku dah tak sedap hati, lantas aku buka beg dia. Lemah jantung 
aku..yang ada dalam beg tu cuma majalah wanita, remaja dan plastik besar yang 
dironyokkan (agar nampak beg tu besar)..

Aku pun bergegas turun..Memang budak gemuk tu dah hilang. Aku cuba tabahkan 
hati..Aku pergi kat public, call boyfriend aku suruh dia call hp aku. Suara aku 
dah tersekat-sekat nak cerita. Macam nak nangis je, tapi aku kontrol sebab 
orang ramai. Aku call balik pakwe aku, dia kata memang dah tak dapat. Last-last 
aku dah takde mood nak naik bas. 

Pakwe aku call mak aku, dan mintak ayah aku datang ambil aku..(ayah aku juge 
yang datang amik.. sian dia..)

Itulah al-kisahnya cerita aku yang panjang lebar. Tak sangka selama 2 hari 
budak gemuk tu nak dapatkan hp aku. Tak terlintas difikiran hp aku yang jadi 
mangsa. Niat aku hanya nak tolong dia. Tapi ini balasannya..

Malam tu aku baca yassin sambil nangis2...memang la sedih hp hilang, tapi lagi 
jiwa aku sakit sebab niat aku nak tunjukkan jalan, tapi orang khianati
aku. Ini semua iktibar untuk diri aku dan kawan2 
semua.Berhati-hatilah..sekarang orang yang baik pun aku dah takut. Macam-macam 
orang sekarang..

Oklah geng..semoga cerita aku ni memberi peringatan kepada korang semua.sampai 
sekarang aku masih ingat wajah budak tu. Biarlah tuhan sahaja yg
membalas perbuatannya, supaya dia tak buat orang lain lagi....uwaaaaaaaa
 
http://www.maynetwork.net-------------------------------------------------------------
Claim your FREE follow-up email service (without adverts)
Click here http://www.freeautobot.com

75,000 Free Banners for your Business
http://freeautobot.com/bansales.html
-------------------------------------------------------------
To stop receiving any further emails, just click on:

http://freeautobot.com/cgi-bin/autores/autores.cgi?do=unsubscribe&[EMAIL 
PROTECTED]&UserID=225276

To report spam by a FreeeAutobot User.
Please forward this email to [EMAIL PROTECTED] or click on the above link for 
immediate removal (ensure the link is not broken).


 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/iklan-mini/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke