J. PAUL GETTY, jutawan minyak dan orang yang amat bernasib baik, tidak teratur 
perjalanan hidupnya ketika dia masih kecil. Dia masuk ke universiti kerana mahu 
menjadi seorang penulis. Kemudian dia masuk perkhidmatan diplomatik. Setelah 
keluar universiti dia tertarik dengan kekayaan minyak di Oklahoma, sumber 
kekayaan ayahnya. Perusahaan minyak ini tidak langsung menjadi cita-cita Getty, 
tetapi dia rasa dia terpaksa menangguhkan perkhidmatannya sebagai diplomat 
untuk setahun dan cuba menjadi usahawan minyak. 

Getty mengumpulkan modal dengan bekerja di lombong minyak orang lain dan 
kadangkala terpaksa meminjam dari ayahnya. Ayahnya berpegang kuat kepada 
prinsip tidak mahu memanjakan anaknya. Dia meminjamkan wang kepada anaknya 
tetapi dengan jumlah yang sedikit. Getty yang masih muda adalah seorang yang 
berani tetapi bukan terburu nafsu. Dia tidak melibatkan diri dalam projek yang 
memerlukan wang tunai yang banyak kerana takut menderita sekiranya kerugian. 
Projek-projek awalnya gagal tetapi pada 1916 dia berjaya menjumpai telaga 
minyak pertama. Dia mula kaya ketika umurnya baru 23 tahun. 



Nasib baik? Sudah tentu. Getty sememangnya bernasib baik. Dia berbuat sesuatu 
kena pada ketikanya. Bagaimanakah dia mengetahui bahawa telaga itu akan 
menghasilkan minyak? Dia tidak tahu walaupun dia telah mengumpulkan data-data. 
" Semua perkara mempunyai unsur nasibnya. ", dia berkata, dan " Anda harus 
berani hidup bersama nasib anda.". Orang bernasib baik adalah orang yang berani 
dan orang yang kurang berani dengan beberapa pengecualian adalah yang kurang 
bernasib baik. Nasib baik mungkin menyebabkan nasib baik. 

Untuk bertindak berani ikutilah panduan ini : 

Bersedialah untuk bertindak cepat atau pantas menuju ke arah sesuatu yang baru 
apabila peluang keemasan tiba. Bezakan antara keberanian dan perbuatan 
terburu-buru. Kalau anda melaburkan seluruh wang simpanan anda untuk satu-satu 
projek yang berkemungkinan besar akan merugikan anda, ini adalah perbuatan yang 
terburu-buru. 



Datuk Low Boon Sie 

Datuk Low Boon Siew berasal dari Kampung Hui, daerah Fukian, sebuah wilayah 
yang di anggap paling miskin di China pada satu ketika dahulu, kehidupan 
keluarga Datuk Low sangat miskin menyebabkan beliau tidak pernah berpeluang ke 
sekolah. Sejak kecil lagi beliau bekerja mengutip najis haiwan sebagai baja 
pertanian dan memancing ikan untuk dijual sebagai tambahan pendapatan 
keluarganya. Ketika berumur 12 tahun, ayahnya membawanya ke Pulau Pinang untuk 
berhijrah dan mencari sumber pendapatan. Beliau disuruh oleh ayahnya bekerja di 
sebuah kedai mekanik. Mereka berdua tidak mempunyai sedikit pun masa untuk 
bersuka-suka tetapi bekerja kuat untuk menghantar duit untuk keluarga yang 
berada di China. 

Untuk memperolehi pendapatan lebih, di sebelah malam beliau membasuh bas dan 
upahnya 10 sen bagi setiap bas. Ketika berumur 18 tahun, beliau tertarik untuk 
berniaga sendiri dan sering memikirkan cara bagaimana untuk mendapat peluang 
berbuat demikian. Hasil daripada wang yang disimpan sedikit demi sedikit, dia 
kemudian membeli beberapa peralatan mekanik bernilai RM 10.00 dan 8 buah bas 
berharga RM 200.00 untuk diperbaiki dan dijadikanbas penumpang. Bas ini 
mendatangkan hasil lumayan kepada beliau iaitu RM1.20 hingga RM 1.40 sehari. 
Setiap keuntungan disimpan sedikit sementara bakinya dijadikan modal pusingan 
semula. Dalam masa 7 tahun beliau mempunyai 40 buah bas dan membuka kedai 
bateri serta barang ganti kenderaan. Selepas perang dunia kedua tamat, Datuk 
Low meluaskan perniagaannya dengan membuka kedai kereta terpakai dan menjadi 
ejen pengedar beberapa jenis motosikal keluaran British. 

Dalam tahun 1958, beliau melawat Jepun untuk makan angin. Di Jepun beliau 
ternampak sebuah motosikal Honda yang belum pernah digunakan di Malaysia dan 
berfikir mungkin mendapat pasaran baik jika dibawa ke sini. Setelah mengesan 
siapakah pengeluarnya, beliau membuat perjanjian untuk memesan 12 unit. 
Motosikal ini kemudian dijual kepada kawan rapatnya tanpa mengambil apa-apa 
untung. Motosikal Honda yang dibawanya ditertawakan oleh orang ramai yang 
menganggap ia tidak berguna dan cepat rosak, namun ia tidak mematahkan 
hasratnya untuk memperkenalkan motosikal sehingga menjelang tahun 1963, 
motosikal Honda menjadi kenderaan yang paling diminati. 

Beliau adalah orang yang berjaya menempatkan kereta jenis Honda sebagai 
kenderaan ketiga terbesar dijual di negara ini sejak 3 tahun lalu. Kini beliau 
mempunyai alasan untuk berbangga dengan kejayaannya di dalam alam perniagaan 
dan tokoh korporat, sekali gus meletakkan beliau sebagai seorang yang terkaya 
di Pulau Pinang dan antara 10 tokoh usahawan terkemuka di Malaysia. Adalah 
menjadi pengetahuan umum, Datuk Low tidak pandai menulis namanya secara tepat 
setelah belajar sekian lama. Namun begitu memiliki satu pasukan profesional 
untuk berkhidmat dengannya.



Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhari 

Nama seorang tokoh usahawan bumiputera terkenal di Malaysia iaitu Tan Sri Syed 
Mokhtar AlBukhari tiba-tiba melonjak naik. Namanya terkenal bukan sahaja di 
Malaysia malah di serata dunia terutamanya bursa-bursa saham. Tidak banyak yang 
diketahui mengenai latarbelakang beliau. Kekayaan beliau dianggarkan sebanyak 
RM2.15 bilion menduduki tempat ketujuh di dalam senarai 40 orang kaya di 
Malaysia menurut akhbar perdagangan Business Economics, 2004. 

Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhari berasal daripada Alor Setar, Kedah. Beliau 
bermula sebagai seorang pengusaha daging pada tahun 1970. Beliau dikenali 
dengan sikap rendah diri, namun beliau tidak pernah berpuas hati dengan 
kedudukannya dan sentiasa berusaha keras untuk memperbaiki taraf hidupnya. 
Sekitar tahun 80-an, Tan Sri Syed Mokhtar telah beralih ke bidang pengangkutan 
yang telah membawa tuah kepadanya sehingga menjadi seorang antara tokoh 
korporat bumiputera yang terkaya di Malaysia. Beliau salah seorang yang 
bertanggungjawab menjadikan Pelabuhan Tanjung Pelepas Johor menjadi terkenal di 
mata dunia dalam tempoh singkat. 

Tan Sri Syed Mokhtar telah mengasaskan Yayasan (Islam) Al-Bukhary yang telah 
membina dan menguruskan Muzium Kesenian Islam bernilai RM70 juta di Kuala 
Lumpur selain banyak menjalankan kerja-kerja amal dan kebajikan terutamanya 
sekitar Negeri Kedah dan Perak. Kegigihan Tan Sri Syed Mokhtar telah berjaya 
menarik perhatian dan kekaguman bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir yang 
menggalakkan lebih ramai tokoh korporat bumiputera dapat dilahirkan menerusi 
usaha keras sebagaimana Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhari. 

Tan Sri Syed Mokhtar merupakan seorang yang tidak pernah mengenal erti 
kegagalan dan beliau sentiasa belajar dari apa juga kesilapan yang dilakukan. 
Seorang yang berhati-hati dalam perniagaan terutamanya soal pembelian dan 
pengambilalihan kepentingan dalam sesebuah syarikat dan projek. Beliau 
seolah-olah memikirkan kepentingan orang ramai terutamanya bumiputera sebelum 
membuat apa-apa keputusan penting dalam perniagaan. Tan Sri Syed Mokhtar juga 
merupakan seorang yang pemurah, menggemari perkara-perkara amal dan kebajikan, 
kuat bekerja, merendah diri dan tidak gemarkan publisiti.


http://bayar2u.com/affsignup.php?pid=063d3a56
   
  PENDAFTARAN PERCUMA !!!
   
   
    

Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com 

[Non-text portions of this message have been removed]



Apa yang anda cari mungkin ada di sini
http://www.bukusiber.com 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/iklan-mudah/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke