RAHSIA KEJAYAAN USAHAWAN MLM
    Anda  perlu sedar bahawa berniaga dalam perniagaan jualan langsung ini 
hampir  sama dengan gambaran piramid terbalik dan menegak.Piramid menegak  
mewakili kerja anda sementara piramid terbalik  mewakili hasil  usaha anda. 
Apabila anda bermula (lihat dasar/tapak piramid menegak),  banyak masa yang 
terpaksa anda korbankan, tetapi hasilnya amat sedikit.  Lama-kelamaan, dengan 
kesabaran, anda naik sedikit demi sedikit.  Apabila anda berada di atas/puncak, 
semakin sedikit kerja anda, tetapi  hasil usaha anda adalah besar.
     
    Oleh  itu, anda jangan terlalu excited untuk berjaya dengan cepat. Jika 
anda  terlalu excited, akhirnya anda akan kecewa dan terus enggan   melakukan 
perniagaan ini. Anda perlu bersabar. Berusahalah  perlahan-lahan. Tawakkal. 
Lambat-laun anda akan sampai ke puncak juga.
   
  Berikut adalah beberapa rahsia kejayaan usahawan-usahawan MLM yang saya kutip.
    a.       Bergaul  dengan segenap lapisan masyarakat. Dari celah-celah 
lumpur itu mungkin  ada permata berharga.
     
    b.       Bekerjasama  sesama ahli kumpulan. Lakukan perniagaan ini bersama 
dengan pasangan  anda. Kerja berdua akan lebih mendatangkan hasil mutlak. 
Berilah tunjuk  ajar anda dengan ikhlas. Jangan tanya diri anda berapakah hasil 
yang  akan saya dapati dengan menolongnya. Tanyalah, berapakah hasil yang  akan 
downline saya peroleh kalau saya membantunya. Downline anda  berjaya, anda juga 
akan berjaya.
     
    c.       Sediakan  strategi anda yang berbentuk sistem yang akan menjadi 
panduan dan  amalan kumpulan anda.
     
    d.       Buat perancangan anda dan mestilah anda komited dengan perancangan 
anda itu.
     
    e.       Jangan  abaikan downline anda. Setiap permohonan bantuan daripada 
mereka  walaupun generasi di bawah perlu anda penuhi.
     
    f.        Anggap  perniagaan ini sebagai peperangan. Anda tidak boleh 
tewas/gagal. Jika  tewas/gagal, berakhirlah riwayat hidup anda. Dengan ini anda 
akan  bermati-matian mempertahankan perniagaan ini.
     
    g.       Luangkan  sedikit masa anda untuk memikirkan idea kreatif yang 
dapat menjayakan  perniagaan anda.
     
    h.       Sentiasalah  anda merendah diri walaupun anda telah berjaya. Sikap 
ini akan  menyebabkan sesiapa pun tidak berasa rendah diri apabila bergaul 
dengan  anda.
    i.       Sentiasalah  anda memberikan keyakinan kepada downline anda bahawa 
mereka pasti,  lambat atau cepat, mengecapi kejayaan.
     
    j.       Sentiasa  berkata kepada diri sendiri : Aku berniaga kerana 
mengejar  kepuasan,  bukannya wang. Jika anda puas, wang akan datang  bergolek.
     
    k.       Mesti  sanggup menentang arus. Orang tak buat cara ini, anda buat. 
Jika orang  lain tidak buat, anda buat, anda akan berjaya.
     
    l.        Mesti  sanggup belajar dan diajar oleh sesiapa sahaja meskipun 
daripada  downline sendiri. Walaupun anda sudah berjaya, anggapkan sahaja anda  
belum berjaya. Dengan ini, anda akan sentiasa berusaha.
     
    m.     Sentiasa turun ke bawah. Jangan hanya melihat dari atas walaupun 
anda telah berjaya.
     
    n.       Beri  motivasi kepada diri sendiri. Berikan hadiah kepada diri 
anda apabila  anda berjaya melakukan sesuatu. Hadiah itu mungkin berupa tidur  
seketika untuk merehatkan otak anda.
     
    o.       Sekali  anda melakukan perniagaan ini, anda mesti melakukannya 
setiap hari.  Jangan dibiarkan ada hari anda tidak melakukannya kerana 
dikhuatiri  semangat anda akan luntur.
     
    p.       Jangan  berprasangka buruk kepada orang lain. Yang zahir tidak 
semestinya  mencerminkan yang batin.
     
    q.       Cakap  mesti serupa bikin. Jangan menyuruh downline melakukan 
sesuatu tetapi  anda buatlah dahulu sebelum downline anda mencontohinya.
     
    r.       Sentiasa  setia pada syarikat. Sifat kanggaroo tidak ada dalam 
resipi kejayaan  usahawan MLM.
     
    s.       Sentiasa riang kerana keriangan akan meredakan ketegangan.
     
    t.        Anggapkan bahawa melakukan perniagaan sebagai ibadah.
     
    u.       Jangan  anggap perniagaan jualan langsung ini sebagai cuba-cuba 
atau main-main  sahaja. Anggapkan perniagaan ini sebagai penentu hidup dan mati 
anda.
     
    v.       Berikan  kail kepada yang memerlukannya, jangan berikan ikan. 
Biasanya, apabila  anda sudah berjaya, banyaklah orang yang mendekati anda 
semata-mata  kerana wang. Jangan berikan wang kepada mereka, berilah 
starter-kit.
     
    w.      Jangan  berasa rendah diri walaupun anda berhadapan dengan taikun 
perniagaan.  Jika pun mereka tidak berhasrat menjadi downline anda,  mereka  
mungkin menjadi pelanggan tetap anda yang berpotensi.
     
    x.       Sentiasa  mencari ilmu/pengetahuan baru terutamanya yang berkaitan 
dengan  perniagaan jualan langsung sama ada daripada pergaulan, bahan bacaan,  
atau daripada teknologi maklumat.
     
    Apabila Sudah Di Puncak,  Jangan Lupa Rumput Di Bumi
    Mari kita renungkan moral dari cerita di bawah
    Cerita 1
    Kononnya,  terdapat sebuah negeri yang rajanya tidak mempunyai seorang 
putera,  tetapi hanya mempunyai seorang puteri. Raja itu menjadi sugul sentiasa 
 kerana baginda tidak mempunyai pengganti. Akhirnya, baginda meminta  pendapat 
bendahara baginda. Sang bendahara mencadangkan agar salah  seorang daripada 
hamba rakyat dipilih sebagai menantu baginda. Raja  bersetuju tetapi siapakah 
yang harus dipilih.
   
  Ada  yang mencadangkan supaya seorang pemuda gagah dipilih tetapi dibantah  
oleh pembesar yang lain dengan alasan, sebelum raja mangkat, raja akan  
digulingkan oleh pemuda gagah yang menjadi menantu raja itu.  Berbagai-bagai 
cadangan dikemukakan tetapi semuanya tidak dapat  digunakan.
   
  Akhirnya  puteri raja bersuara: "Ayahanda, anakanda mencadangkan agar sesiapa 
 juga yang berjaya menyeberangi sungai yang menjadi sempadan di antara  istana 
kita dengan kampung hamba rakyat, maka orang itulah yang sanggup  anakanda 
kahwini." Raja dan para pembesar bersetuju kerana mereka yakin  bahawa hanya 
pemuda yang terbaik sahaja yang akan berjaya menyeberangi  sungai yang telah 
banyak meragut nyawa penduduk negeri itu. Di lubuk  sungai itu, tinggal 
sekeluarga buaya yang sudah sekian lama mengganas  membaham penduduk yang leka 
di tepi sungai. Diumumkanlah hasrat puteri  raja itu.
   
  Tibalah  hari diadakan sayembara itu. Salah seorang pemuda yang kelihatan 
sasa  terjun ke dalam sungai itu. Belum pun sampai di pertengahan sungai,  
pemuda itu berenang patah balik kerana dilihatnya beberapa ekor buaya  
tiba-tiba muncul di permukaan air.
   
  Lebih  kurang 99 orang pemuda yang berusaha untuk berenang ke seberang sungai 
 telah berpatah balik ke tebing sungai permulaan sayembara.Setelah itu,  agak 
lama, tidak ada sesiapa pun yang terjun ke dalam sungai. Beberapa  ketika 
kemudian, kedengaran deburan air. Seorang pemuda kurus berenang  tergesa-gesa 
pontang-panting menuju ke daratan di seberang sungai. Dia  berjaya sampai ke 
tebing. Semua orang bertepuk tangan sebaik-baik  sahaja pemuda kurus itu sampai 
ke tebing.
   
  Sebaik-baik  sahaja naik ke atas, pemuda itu berkata: "Ampunkan patik tuanku. 
Bukan  patik mahu terjun ke dalam sungai itu, tetapi patik ditolak orang.  
Sebaik-baik sahaja berada di air, patik melihat bayangan buaya di dalam  air. 
Sebab itulah patik bermati-matian berenang ke tebing untuk  menyelamatkan nyawa 
patik." Raja ketawa dan berkata: "Tidak mengapa  orang muda. Apa pun alasan 
awak, awaklah yang berhak mengahwini puteri  beta dan bakal menjadi pengganti 
beta."
   
  Moral  ceritanya ialah orang yang tidak berhasrat untuk menjadi berjaya dalam 
 perniagaan MLM ini pun masih boleh berjaya. Inikan pula anda yang sudah  pun 
menetapkan matlamat untuk berjaya dalam perniagaan ini.
   
  Cerita 2
   
  Pada  suatu masa dahulu, ada seorang pemuda yang mahu mendalami ilmu  
persilatannya. Ia mendengar bahawa di sebuah gua, terdapat seorang  pertapa 
yang telah terkenal kerana bukan sahaja mempunyai ilmu  persilatan yang tinggi 
bahkan kaya dengan ilmu kebatinannya. Pergilah  pemuda itu mencari pertapa itu. 
Akhirnya dia berjaya. Pertapa itu  memberikan syarat kepada pemuda itu. Jika 
pemuda itu berhasrat untuk  menjadi muridnya, pemuda itu mesti pergi ke suatu 
tempat dan membawa  balik sebutir batu yang sejuk kepadanya. Pemuda itu 
sanggup. Setelah  diberitahukan di mana tempat itu, pergilah pemuda itu ke situ.
   
  Setibanya  di situ, pemuda itu mendapati memang banyak batu di situ tetapi 
dia  tidak tahu batu mana yang dimaksudkan oleh pertapa itu. Dia mengambil  
sebiji batu dan dilepaskannya. Ternyata batu yang baru diambilnya itu  panas 
membara. Dia mengalas tapak tangannya dengan kain pengikat  kepalanya untuk 
mengurangkan bahang kepanasan. Satu persatu batu itu  dipegangnya dan 
dibuangnya kerana dirasakannya panas.
   
  Akhirnya,  tidak ada sebutir batu pun di situ. Dia terfikir, mungkin pertapa 
itu  menipunya kerana tidak ada pun batu yang sejuk di situ. Pada  fikirannya, 
pertapa itu hanya memberikan alasan untuk tidak mahu  menerimanya.
   
  Moral  ceritanya ialah kita jangan takut menghadapi cabaran kerana antara  
banyak cabaran itu tentu ada hikmah di sebaliknya. Jika pemuda itu  tidak 
mengalas telapak tangannya dengan kain, sudah tentu dia akan  merasa akan ada 
sebutir batu yang bentul-betul sejuk. Bagaimana pemuda  itu hendak membezakan 
batu yang sejuk daripada batu yang panas kalau  tangannya beralas? Bagaimana 
anda akan mencapai kejayaan kalau anda  takut akan cabaran.
     Dua  orang pelari hendak berlumba lari di trek. Mereka dibekalkan dengan  
beberapa pasang kasut trek pelbagai jenis. Pemuda pertama tanpa   berfikir 
panjang lagi terus menyarung salah satu daripada kasut trek  itu lalu memecut 
hingga sampai ke garisan penamat. Dari garisan  penamat, dilihatnya pesaingnya 
masih lagi memilih-milih kasut trek yang  sesuai untuk perlumbaan itu.
   
  Moral  ceritanya ialah anda jangan berlengah kerana orang lain telah pun  
bermula dan mungkin telah berjaya. Jangan juga terlalu memilih syarikat  MLM 
yang perlu anda sertai. Pilih-memilih itu bukan prasyarat untuk  berjaya. 
Prasyarat kejayaan ialah mahu buat dan terus buat.
   
  Cerita 3
   
  Dua  orang pelari hendak berlumba lari di trek. Mereka dibekalkan dengan  
beberapa pasang kasut trek pelbagai jenis. Pemuda pertama tanpa   berfikir 
panjang lagi terus menyarung salah satu daripada kasut trek  itu lalu memecut 
hingga sampai ke garisan penamat. Dari garisan  penamat, dilihatnya pesaingnya 
masih lagi memilih-milih kasut trek yang  sesuai untuk perlumbaan itu.
   
  Moral  ceritanya ialah anda jangan berlengah kerana orang lain telah pun  
bermula dan mungkin telah berjaya. Jangan juga terlalu memilih syarikat  MLM 
yang perlu anda sertai. Pilih-memilih itu bukan prasyarat untuk  berjaya. 
Prasyarat kejayaan ialah mahu buat dan terus buat.
     Cerita 4  Pernahkah  anda mendengar cerita anjing dengan bayang-bayang. 
Sang anjing yang  sedang menggonggong tulang itu melepaskan tulang yang ada di 
dalam  mulutnya hanya semata-mata melihat bayangnya sendiri yang juga sedang  
menggonggong tulang.
   
  Moralnya  : Apabila anda sudah berada di dalam mana-mana syarikat MLM, anda  
jangan sekali-kali terpengaruh oleh ajakan atau khabar bahawa ada  sebuah 
syarikat MLM lain yang lebih bagus lalu anda tidak mahu lagi  menjalankan 
perniagaan dalam syarikat MLM yang sedia ada dan menyertai  syarikat MLM yang 
baru itu pula. Jika ini tindakan yang anda ambil,  anda akan rugi seperti 
anjing yang kehilangan tulang yang digonggongnya  itu.
  Cerita 5
  Di  Florida, diceritakan bahawa telah tiba musim berombak. Aktiviti papan  
luncur menjadi pesta di pesisir pantai. Di gigi pantai, seorang pemuda  duduk 
sambil berfikir. "Kalau gunakan 2 papan luncur tentu lebih  seronok daripada 
menggunakan sebuah papan luncur". Setelah habis  berfikir, pemuda itu pun 
mengambil dua papan luncur lalu pergi ke gigi  pantai. Pada mulanya, dia memang 
seronok kerana kedua-dua belah kakinya  berpijak pada papan luncur tetapi 
sebaik sahaja ombak besar melandanya,  dia terhumban dan kepalanya cedera 
terkena batu yang kebetulan ada di  situ kerana gagal mengimbangkan badan dan 
kakinya pada kedua-dua papan  luncur itu.
   
  Moralnya:  Jangan terlalu tamak. Berniagalah dengan sebuah syarikat MLM 
sahaja.  Jangan menyertai lebih daripada sebuah syarikat MLM kerana akhirnya  
anda tidak akan berupaya mengurus perniagaan anda.
  Cerita 6
  Dua  orang pegawai pemasaran telah diarahkan oleh majikan mereka untuk  
membuat tinjauan sama ada kasut boleh dijual kepada penduduk di sebuah  negara 
di benua Afrika. Kedua-dua pegawai itu berlepas ke negara itu.  Seminggu 
kemudian, pegawai pertama balik dan membuat laporan kepada  majikannya. "Bos, 
saya fikir, kita tidak boleh jual kasut di sana.  Semua orang di situ tidak 
memakai kasut bahkan tidak pun mengenali  kasut."
   
  Beberapa  minit kemudian, pegawai kedua pula balik dan membuat laporan. "Bos, 
 masa depan syarikat kasut kita di sana sungguh cerah." Sang majikan  terkejut. 
"Bagaimana? Kata pegawai pertama tadi, orang di sana tak  kenal kasut. Macam 
mana kita nak jual kasut?" Pegawai kedua berkata,  "Senang saja, bos. Memang 
orang di sana tak kenal kasut dan tidak  memerlukan kasut tetapi kita mesti 
mewujudkan keadaan yang akan  menyebabkan mereka memerlukan kasut dan akhirnya 
kenal akan kasut."  Majikan ingin tahu, "Bagaimana?" "Kita upah orang taburkan 
paku dan  paku tekan di jalanan di tempat mereka lalu-lalang dan kita buka 
kedai  kasut di tengah jalan itu."
   
  Moral  ceritanya ialah pertama, anda mesti kreatif. Anda harus mencipta  
keadaan yang pelanggan akan memerlukan produk yang anda pasarkan.Anda  tidak 
harus bergantung pada kegunaan tradisi produk itu. Kedua, anda  jangan membuat 
penilaian berdasarkan pemerhatian kasar. Jangan  berpendapat bahawa kerana 
begitu banyak orang berjual produk yang sama  di suatu tempat, maka tidak ada 
peluang untuk anda mencari keuntungan.
     Anda Percaya, Anda Buat, Anda Berjaya!
  
  
  KLIK SINI
  


http://groups.yahoo.com/group/Duit4U/join
  http://pendapatan2u.blogdrive.com
  

                
---------------------------------
Anda ber-Yahoo!?
Bosan dengan spam? Mel Yahoo! memiliki perlindungan spam yang terbaik
http://my.mail.yahoo.com/

[Non-text portions of this message have been removed]



Apa yang anda cari mungkin ada di sini
http://www.bukusiber.com 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/iklan-mudah/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke