Aizat - Kasi gegar sket!! (Pangeran Cinta) 5/10

Mempunyai suara serak-serak basah.Walaubagaimanapun,masih nampak kaku 
di atas pentas.Seolah-olah tidak tahu macam mana hendak bergerak.Feel 
nampak kurang dan persembahan nampak mendatar sepenuh masa.Pada 
pertengahan persembahan aizat nampak semput sedikit.Vokal memang 
bagus tetapi tiada variation.

Afiq - Caya beb!! (Janjiku) 4/10

Tidak menguasai tempo lagu dengan baik.Permulaan sahaja sudah 
salah.Masuk tak betul.Vokal sangat mendatar.Mungkin disebabkan 
oleh "key" yang rendah.Afiq juga namapak terlalu nervous sepanjang 
masa.Baik buang sahaja cermin mata tu.Cermin mata lebih bagus dari 
vokal.Gerakan juga kurang.

Mila - What's up!! What's up!! Check it out guys!! (Bersama) 3/10

This one is the worse performance among all the students. Tidak dapat 
mendengar dengan jelas low note Mila.Jika kita dengar dari lontaran 
vokla beliau,nampak sekali Mila nervous.Suara terketar-ketar ketika 
membuat persembahan.Pitching banyak lari sana-sini.Lagu yang 
sepatutnya boleh menyerlahkan vokal seseorang menjadi lagu hantu!!.

Dafi - Baik Punya!! (Uptown Girl) 5/10

Dafi mempunyai vokal yang lunak berbanding dengan pelajar-pelajar 
yang lain.Namun tidak ada variasi vokal yang ditunjukkan dan "tiada 
attitude on vocal".Ada 2-3 bahagian di mana pitching Dafi tak tentu 
arah.Pergerakkan tarian pula seperti diatur-atur.Muka yang keanakan 
ini memang boleh memancing undi daripada wanita.

Diya - Cak!! (Aku masih setia) 5.5/10

Diya memiliki vokal yang bagus tetapi beliau masih tertahan-
tahan.Diya tidak mengeluarkan vokal beliau sepenuhnya.Ini menyebabkan 
kelantangan suara beliau tida dapat ditonjolkan.Diya nampak nervous 
sehinggakan banyak pitching lari sana-sini.Beliau juga tidak 
menguasai pentas sepenuhnya.

Farha - Mantap tu Joe!! (Balada Pemuzik Jalanan) 7/10

Vokal Farha memang bagus dalam mempersembahkan lagu ini tetapi belum 
cukup.Ini kerana tidak ada sebarang percubaan untuk mengeraskan lagi 
vokal menjadi rock.Farha nampak sempoi dalam persembahan beliau.Level 
of confident memang tinggi dan Farha nampak Enjoy di atas pentas.Satu 
persembahan yang mantap!!.

Ebi - Relaks!! (Milik siapakah gadis itu?) 4/10

Indah khabar dari rupa.Dari riak muka beliau,saya merasakan Ebi 
sememangnya menghayati lagu ini.Tetapi sebutan dan Vokal beliau amat 
mendatar dan seolah-olah tidak mahu membuka mulut.Macam mana nak 
lontarkan vokal.Vokal juga tidak begitu kedengaran pada low note.

Dekna - Wow!! (Tanpamu) 5.5/10

Memiliki suara serak-serak basah.Permulaan Dekna memang bagus apabila 
beliau menari sewaktu memulakan persembahan.Tetapi apabila Afiq masuk 
untuk melakukkan rapping,semuanya hancur.Leo kurang setuju 
dengan "Puff Daddy Wannabe" ini.Mengacau persembahan.Dekna yang 
sepatutnya penuh attitude dalam persembahan terpaksa melayan karenah 
Afiq.

Shawal - Agogo!! (Harapan) 4/10

Memiliki suara jantan yang bisa mencairkan wanita.Low note Shawal 
memang bagus.Jelas sekali.Akan tetapi jika dilihat variasi vokal yang 
ditunjukkan oleh penyanyi asal,shawal jauh di belakang.Shawal tidak 
ada attitude dalam melontarkan vokal beliau menyebabkan persembahan 
vokal nampak mendatar sepanjang persembahan.

Candy - Miaww!! (Ka Ching) 6/10

Candy memiliki vokal yang penuh variasi dan ada weight.Kelantangan 
suara beliau memang terserlah.Candy tiada masalah dari segi pitching 
dan beliau mampu menari bersama penyanyi latar.Akan tetapi sebutan 
bahasa inggeris masih perlu diperbaiki.Leo tidak memahami satu pun 
yang disebutkan oleh candy sepanjang persembahan beliau.Mimik muka 
Candy memberi satu rangsangan kepada penonton di rumah apabila Close 
up di lakukkan.

Rizal - Sik cayak?? (Menanti Sebuah Jawapan) 3/10

Lagu ini merupakan lagu kegemaran Leo.Tetapi dinyanyikan oleh 
penyanyi yang dipaksa membuat persembahan.Vokal yang sengau,no 
weight,tidak sedap sememangnya membingitkan telinga  malam tadi.Macam 
mana dia nie dapat masuk AF??. Klon Amirul Kot??? Pada permulaan 
persembahan pun dah salah masuk.Pithing pula lari habis.

Noni - Peace muaahhh!!! (Tak ada logika) 8/10

Persembahan yang benar-benar memukau mata .Permulaan tarian yang 
memng bagus!!.Attitude pada muka memang power!!Noni di lihat ada 
style dan have fun dalam membuat persembahan.Leo sendiri tidak sangka 
gadis ini begitu lincah dalam membuat persembahan.Noni dilihat 
seperti sudah profesional.Level of confident memang tinggi.Lagipu 
noni memang sempoi.Afundi Noni...hehehe..

Heliza - Beres!! (Kau pergi jua) 9/10

Memiliki vokal yang mantap dalam persembahan.Lontaran yang memang 
halus,lenggok suara yang lembut sememangnya menjadikan beliau adalah 
juara pada malam itu.Heliza ada good variation of vocal.Ada 2-3 
bahagian di mana beliau cuma membuat falsetto tetapi kurang 
menjadi.Vokal heliza adalah yang terbaik dalam konsert semalam.

Persembahan Terbaik - Noni 
Vokal Terbaik -Heliza


Anda hendak mencari pendapatan sambil tengok AF?Kunjungi laman web 
ini sekarang:
http://www.freewebs.com/buatkerjadapatduit
-Peluang bekerja di rumah untuk semua yang baru dibuka dan untuk masa 
terhad sahaja-



Kirim email ke