Pelaburan internet sukar dibendung tanpa akta khusus MAJLIS Fatwa Kebangsaan ke-77 baru-baru ini memutuskan bahawa pelaburan melalui internet, mirip skim cepat kaya diharamkan berlandaskan kesepakatan ulama bahawa kontrak pelaburan akan terbatal sekiranya satu daripada pihak memperuntukkan jaminan keuntungan terhadap modal yang dikeluarkan kerana ia berunsur riba.
Persoalan sekarang apakah ada undang-undang untuk mengheret peneraju skim pelaburan ini ke muka pengadilan? Mereka mungkin mengaut keuntungan begitu banyak tanpa berasakan balasan kesalahan di dunia. Malah, ada sesetengah mereka adalah orang Islam tanpa berasakan ia satu kesalahan agama, sanggup mengetepikan hukum demi mengejar keuntungan. Baca artikel penuh di : http://www.maynetwork.net [Non-text portions of this message have been removed]

